Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki berhadapan hukuman penjara, denda

Atas tuduhan memiliki 0.20 gram dadah

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Dua lelaki antaranya seorang warga asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas pertuduhan memiliki dadah.

Alan Zaidin, 20, dan Silver Sylvester, 53, masing-masing didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Pitrus Lee. Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda maksimum RM100,000, atau keduaduany­a sekali.

Mengikut pertuduhan, Alan dan Silver didapati berada dalam milikan mereka dadah seberat 0.20 gram.

Kesalahan dilakukan pada 13 dan 14 Januari jam 1.30 petang hingga jam 3.10 petang, di Kampung Kasigui, Penampang, dan Kampung Kolo-Kolo, Pantai Sidion, Putatan.

Alan juga didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta sama, atas pertuduhan menggunaka­n dadah pada hari sama di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di sini.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara selama dua tahun, atau dengan keduaduany­a.

Dalam pada itu, Alan bersama dengan seorang lagi wanita Erah Abdul Elit, 22, turut didakwa atas pertuduhan memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Erah didapati melakukan kesalahan itu pada 11 Januari jam 12.25 petang di Jalan Lapan Belas, belakang KK Plaza, di sini.

Manakala Alan pada 13 Januari jam 1.30 petang di rumah setinggan Kampung Kasigui, Penampang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 denda maksimum RM100,000 atau penjara selama lima tahun, atau kedua-duanya serta dikenakan tidak lebih enam sebatan.

Bagaimanap­un tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh, dan mahkamah menetapkan pada 23 Januari, 19, 21 hingga 22 Februari untuk sebutan semula kes terhadap mereka.

Sementara menunggu kes selesai, Silver diberikan ikat jamin sebanyak RM2,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Tiada jaminan diberikan kepada Erah dan Alan, yang mana diperintah­kan direman mengikutSe­ksyen259Ka­edah Tatacara Jenayah.

Pegawai Pendakwa Insp Mohd Rasydan Jasni bertindak untuk pihak pendakwaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda maksimum RM100,000, atau kedua-duanya ” sekali.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia