Utusan Borneo (Sabah)

SICC siap Oktober, bakal jadi mercu tanda Kota Kinabalu

Bakal jadi mercu tanda Kota Kinabalu

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PEMBINAAN Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) dijangka siap pada Oktober tahun ini.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, setakat ini kerja penyelengg­araan di tapak projek SICC berjalan dengan baik.

Menurutnya, Sabah menghadapi kekurangan tempat untuk penganjura­n program seperti persidanga­n peringkat antarabang­sa.

Justeru katanya, SICC bakal membuka lebih banyak peluang terutamany­a kepada golongan peniaga dan pengusaha untuk mengadakan persidanga­n, mesyuarat ataupun pameran di peringkat antarabang­sa.

“SICC adalah satu lagi pembanguna­n yang menjadi mercu tanda di Kota Kinabalu.

“Saya percaya ini yang dikehendak­i para peniaga dan pengusaha supaya mereka boleh mengadakan program yang lebih besar.

“Kita berpuas hati dan gembira dengan mutu pembinaan di bangunan SICC ini dan berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan di tapak projek SICC di Kota Kinabalu pada Khamis. Ketibaan Musa disambut Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Haji Ahmad.

Lawatan berkenaan turut disertai barisan jemaah menteri, ahli-ahli Dewan Perniagaan Bumiputera dan Dewan Perniagaan Cina.

Musa berkata, selain bantuan kewangan daripada Yayasan Sabah sebagai pemilik SICC, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abd Razak turut memberikan sumbangan berjumlah RM250 juta untuk pelaksanaa­n SICC.

“Pembinaan SICC memang menelan belanja yang besar kerana ia bersesuaia­n dengan keluasanny­a untuk menganjurk­an program bertaraf antarabang­sa,” jelasnya.

SICC meliputi kawasan seluas 15 ekar yang bakal dilengkapi dengan kemudahan berteknolo­gi canggih termasukla­h Performing Arts Hall yang mampu memuatkan seramai 1,200 penonton.

Selain dilengkapi dengan dewan konvensyen yang luas, SICC turut menyediaka­n bilik mesyuarat yang fleksibel dan ruang pameran yang besar.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN tetamu yang turut hadir bersama Musa melawat tapak projek SICC.
SEBAHAGIAN tetamu yang turut hadir bersama Musa melawat tapak projek SICC.
 ??  ?? MUSA melihat gambar proses pembinaan bangunan SICC semasa melawat tapak projek.
MUSA melihat gambar proses pembinaan bangunan SICC semasa melawat tapak projek.
 ??  ?? MUSA bersama barisan jemaah menteri, ahli-ahli Dewan Perniagaan Bumiputera dan Dewan Perniagaan Cina pada taklimat lawatan tapak projek SICC di Kota Kinabalu .
MUSA bersama barisan jemaah menteri, ahli-ahli Dewan Perniagaan Bumiputera dan Dewan Perniagaan Cina pada taklimat lawatan tapak projek SICC di Kota Kinabalu .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia