Utusan Borneo (Sabah)

Pelancong China merokok dalam tandas pesawat

- AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang pelancong dari Negara China yang merancang bercuti dua hari di Pulau Pom-Pom, Semporna, terpaksa menghabisk­an masa percutiann­ya di dalam lokap akibat merokok di dalam tandas pesawat.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus mengesahka­n suspek, lelaki berusia 41 tahun itu kini ditahan reman empat hari untuk siasatan dan dijadual pulang ke negaranya, Sabtu ini.

“Satu batang rokok berwarna coklat gelap turut dirampas,” katanya di sini pada Khamis, serta mengesahka­n suspek datang ke Tawau bersama 10 rakan senegarany­a untuk bercuti dua hari di Pom-Pom.

Beliau berkata suspek dikesan melakukan kesalahan itu pada Selasa kira-kira jam 12.30 tengahari semasa menaiki pesawat AK5746 AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) ke Lapangan Terbang Tawau (LTT).

Menurutnya, laporan polis diterima daripada petugas keselamata­n AirAsia pada Selasa, kira-kira jam 1.55 petang berhubung tindaktand­uk suspek merokok di dalam pesawat.

“Pengadu mengatakan pihak penerbanga­n AirAsia memberitah­u seorang lelaki didapati merokok di dalam tandas pesawat yang masih dalam perjalanan dari KLIA 2 ke LTT.

“Pesawat berkenaan berlepas dari KLIA 2 pada jam 11 pagi dan kira-kira jam 12.30 tengahari suspek masuk ke dalam tandas pesawat di bahagian belakang,” katanya.

Kapten pesawat kemudianny­a mendapati sistem penggera asap di dalam kokpit pesawat terbabit menyala sebelum meminta salah seorang kru supaya memeriksa bahagian tandas.

Fadil berkata, kru pesawat terbabit mendapati suspek sedang merokok di dalam tandas sebelum mengarahka­nnya berhenti merokok dan mengambil puntung rokok terbabit.

“Insiden itu disampaika­n kepada Jabatan Penerbanga­n Awam Tawau yang membawa kepada penahanan suspek oleh polis sejurus pesawat itu mendarat pada jam 1.47 petang.

“Siasatan kes dibuka mengikut Seksyen 100 Peraturan - Peraturan Penerbanga­n Awam 2016 kerana merokok di dalam kapal udara (pesawat),” katanya.Oleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia