Utusan Borneo (Sabah)

PM LULUS RM8.5 JUTA

Untuk naiktaraf Pasar Donggongon

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PENAMPANG: Peruntukan berjumlah RM8.5 juta diluluskan kerajaan untuk menaiktara­f Pasar Donggongon, di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika mengumumka­n perkara itu berkata, keadaan di pasar berkenaan perlu penambahba­ikan.

Beliau percaya menerusi peruntukan itu, kawasan Pasar Donggongon akan lebih selesa bukan sahaja kepada peniaga malah kepada para pengunjung.

“Meskipun kawasan Penampang belum dimenangi oleh Barisan Nasional (BN), tetapi kita tidak pernah mengenepik­an penduduk Penampang.

“Sebelum ini, kerajaan meluluskan peruntukan untuk projek mencegah banjir bernilai RM280 juta untuk Penampang.

“Banyak lagi projek lain yang diluluskan kerajaan untuk pembanguna­n kawasan ini,” katanya ketika berucap selepas mengadakan tinjauan mesra ke pasar berkenaan pada Khamis.

Menurutnya, rakyat melalui keadaan yang stabil bertahun-tahun kerana BN dapat memacu kemajuan dan membawa pembanguna­n yang lebih pesat.

Pihaknya yakin, pencapaian berkenaan adalah hasil kerjasama erat yang begitu baik antara kerajaan negeri dan Persekutua­n.

“Saya berjanji, jika BN diberi mandat semula, kita akan bawa lebih banyak kemajuan untuk Sabah.

“Rekod kita jelas terbukti, berbilion ringgit peruntukan diluluskan untuk Sabah sejak menjadi Perdana Menteri.

“Orang yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tidak banyak dilakukann­ya untuk Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat yakin apa yang diperlukan adalah sebuah kerajaan yang boleh membawa kemajuan.

Beliau berkata, untuk menjadi antara negara yang paling hebat di dunia menjelang 30 tahun nanti, negara perlu ada aspirasi.

“Walaupun Malaysia bukanlah sebuah negara yang besar, tetapi rakyat perlu berjiwa besar.

“Saya berharap kehadiran orang ramai pada majlis ini menjadi cerminan yang dapat diterjemah­kan sebagai sokongan kepada BN,” jelasnya.

Lebih 3,000 orang yang hadir membanjiri kawasan tapak pasar dan Buhavan Square di sini sempena program tinjauan mesra itu.

Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Ketua Bahagian Umno Penampang, Senator Datuk John Ambrose. #Lagi gambar di muka A2#

 ??  ?? BUAH-BUAHAN tempatan dihidangka­n untuk Najib (empat kiri), Musa (tiga kiri) dan tetamu jemputan lain.
BUAH-BUAHAN tempatan dihidangka­n untuk Najib (empat kiri), Musa (tiga kiri) dan tetamu jemputan lain.
 ??  ?? NAJIB (kanan) menerima cenderahat­i daripada salah seorang peniaga di Pasar Donggongon.
NAJIB (kanan) menerima cenderahat­i daripada salah seorang peniaga di Pasar Donggongon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia