Utusan Borneo (Sabah)

3,624kg gula pasir dirampas dari bot

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sebanyak 3,624kg gula pasir dirampas oleh Unit Risikan Marin Pasukan Polis Marin (PPM Tawau) dan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), di sini pada Rabu.

Rampasan itu adalah hasil pemeriksaa­n dalam sebuah bot jongkong di Jeti Sri Diamond Logpond, Sungai Tanjung Batu Logpond, kira-kira jam 4.30 petang.

Pegawai Pemerintah Marin Tawau DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata rampasan lain turut melibatkan 20 kotak minyak masak dan tujuh tong gas petroleum cecair (LPG).

“Barang-barang itu ditemukan berada di bawah longgokan barang runcit di dalam bot jongkong terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun turut diberkas dalam pemeriksaa­n itu yang melibatkan rampasan barang bernilai RM57,292.

Menurutnya, PPM Tawau juga merampas bot jongkong terlibat serta dua unit enjin bot Yamaha yang berkapasit­i 40 kuasa kuda selain gula pasir, minyak masak dan tong LPG.

Nazri berkata pemeriksaa­n dilakukan hasil maklumat yang diterima oleh Unit Risikan Marin bersama dua pegawai kanan Esscom, sekaligus membawa kepada penahanan suspek.

“Penahanan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau serta diserahkan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? BARANGAN kawalan seperti gula pasir, minyak masak dan tong LPG ditemukan berada di dalam bot jongkong berkenaan.
BARANGAN kawalan seperti gula pasir, minyak masak dan tong LPG ditemukan berada di dalam bot jongkong berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia