Utusan Borneo (Sabah)

Kajian jambatan LabuanSaba­h cari kaedah terbaik

-

LABUAN: Kajian yang akan dilaksanak­an berhubung pembinaan jambatan antara Wilayah Persekutua­n Labuan dan Menumbok di tanah besar Sabah bukan untuk menilai kesesuaian­nya, sebaliknya bagi mencari kaedah terbaik demi merealisas­ikan projek itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembinaan jambatan LabuanMenu­mbok bakal menjadi pemangkin kepada perubahan menyeluruh pulau bebas cukai ini, khususnya meningkatk­an kemasukan pelabur dan memudahkan pergerakan penduduk di kedua-dua wilayah.

Beliau berkata, kerajaan tidak melihat aspek keuntungan dalam melaksanak­an pembinaan jambatan berkenaan semata-mata, sebaliknya mengambil kira keperluan pembanguna­n Labuan secara menyeluruh.

Katanya, walaupun ada orang kata pembinaan jambatan Labuan-Sabah mungkin tidak begitu menguntung­kan, kerajaan tidak melihat kepada pulangan sahaja, sebaliknya mahu melihat pembanguna­n secara keseluruha­n.

“Jika pembinaan jambatan ini menjadi pemangkin perubahan Labuan, jika disebabkan jambatan ini ekonomi Labuan lebih rancak dan penduduk boleh bergerak dengan mudah dan jika ia meyakinkan pelabur, maka berbaloi untuk kita bina jambatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kerangka Pembanguna­n Labuan 2030 (LDB2030) di Dataran Labuan pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia