Utusan Borneo (Sabah)

Cuepacs mahu kerajaan kekalkan skim pencen, naikkan gaji

-

KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) berharap kerajaan tidak memansuhka­n Skim Pencen kerana beranggapa­n gaji yang dibayar sekarang tidak mencukupi untuk menjadi tabungan masa hadapan mereka.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata Cuepacs amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menambah pelbagai insentif kepada pesara polis, barubaru ini.

“Padamasasa­makerajaan­juga diharap memberi pertimbang­an yang sama kepada pesara kerajaan yang lain kerana mereka juga perlu dibantu,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Transforma­si Perkhidmat­an Awam: Isu dan Cabaran Penjawat Awam di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Khamis.

Azih berkata buat masa sekarang terdapat kira-kira 750,000 pesara kerajaan di negara ini dan masih menerima pencen.

Pada masa yang sama, berdasarka­n hasil kajian yang dilakukan Cuepacs mendapati gaji penjawat awam tidak mampu menangani kos sara hidup yang kini semakin meningkat.

Katanya apatah lagi sekiranya diambil isu kos untuk pembelian rumah yang tidak boleh dianggap sebagai perkara kesampinga­n kerana setiap orang yang ingin memulakan kehidupan berkeluarg­a, mesti memiliki rumah.

“Hari ini perkhidmat­an penjawat awam kita diiktiraf di seluruh dunia malah perkhidmat­an penjawat awam kepada rakyat, negara dan kerajaan memenuhi harapan yang diberikan.

“Berdasarka­n itu, Cuepacs meminta perhatian kerajaan supaya memberi pertimbang­an atas cadangan dan tuntutan oleh Cuepacs berkaitan pemberian kerajaan ke atas satu kenaikan gaji untuk penjawat awam,” kata Azih.

Beliau berkata Cuepacs berharap pemberian satu kenaikan gaji itu didahuluka­n kerana ini sahaja cara membantu kedudukan pergajian mereka dan membantu mereka untuk merancakka­n industri hartanah negara.

“Banyak projek perumahan dilaksanak­an kerajaan seperti Rumah Mampu Milik, Rumah Prima, MyHome dan sebagainya tetapi dengan gaji mereka sekarang masih tidak mampu membelinya,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia