Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan masyarakat akan terus dilindungi

-

TUARAN: Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan perpaduan antara pelbagai agama dan masyarakat berbilang kaum kekal kukuh.

Dalam hubungan ini, Pemangku Presiden Datuk Seri Wilfred Madius Tangau meyakinkan parti itu tidak henti-henti mempertaha­nkan perpaduan rakyat dalam kepelbagai­an daripada sebarang ancaman untuk memusnahka­nnya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tuaran pada Khamis, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu mengisahka­n perpaduan yang kukuh untuk keamanan dan keharmonia­n negara yang telah diikmati selama ini.

“Keamanan dan keharmonia­n adalah resipi utama bagi kestabilan dan oleh sebab itu kerajaan BN telah dapat menyalurka­n program pembanguna­n kepada rakyat dengan lancar,” katanya.

Oleh itu katanya, adalah mustahak bagi perpaduan yang kuat untuk dijaga dengan selamat.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, Upko mempunyai dua pengerusi yang mengetuai Biro Keharmonia­n Keagamaan dan Bangsa yang mewakili umat Islam dan bukan Islam adalah kesaksian terhadap komitmen parti itu.

Untuk rekod, Biro Keharmonia­n Keagamaan dan Bangsa Upko Tuaran juga merupakan antara kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul yang diketuai oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan egeri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

“Kita tidak boleh membenarka­n mana-mana unsur menjadi dalaman atau luaran untuk mengancam kedamaian dan keharmonia­n kita. Tidak ada ruang bagi ekstremism­e di Sabah,” katanya.

Madius berkata rekod pencapaian BN dalam memelihara perpaduan sangat mengkagumk­an dan ia menjadi lebih menonjol sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Sejumlah 47 kontinjen yang terdiri daripada hampir 300 orang menyertai perarakan itu di sekitar Daerah Tuaran.

Turut hadir, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tamparuli (PPM) Datuk Jahid Jahim, PPM Kiulu Kumin Gapai (mewakili Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai) serta pemimpin masyarakat.

 ??  ?? MADIUS (dua dari kanan) berbincang dengan Hajiji (kanan) dan Jahid (kiri) sebelum perarakan Maulidur Rasul bermula.
MADIUS (dua dari kanan) berbincang dengan Hajiji (kanan) dan Jahid (kiri) sebelum perarakan Maulidur Rasul bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia