Utusan Borneo (Sabah)

Jurujual mesin air didakwa salah guna wang syarikat

-

PETALING JAYA: Seorang jurujual mesin air dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Khamis atas dua pertuduhan menyalahgu­nakan wang berjumlah RM58,000 yang dimasukkan ke dalam akaun tempat dia bekerja, dua tahun lalu.

Muhammad Ashraf Johari, 29, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan Majistret Nur Shahirah Abdul Salim dan Majistret Salamiah Salleh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menyalahgu­nakan wang tunai sebanyak RM38,000 yang dimasukkan oleh Jafri Othman, 48, ke dalam akaun milik Pro Vending One (M) Sdn Bhd, yang mana tertuduh mempunyai kuasa untuk mengeluark­an wang daripada akaun syarikat tersebut.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh melakukan kesalahan sama melibatkan wang berjumlah RM20,000 yang dimasukkan oleh Ahmad Johari, 56, ke dalam akaun sama.

Kesalahan itu masing-masing didakwa dilakukan di Summit Hotel dan Geno Hotel, di sini, antara Dis 2016 dan Jan 2017 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Rosmira Embong memohon mahkamah membenarka­n jaminan atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga selain anak sulungnya menghidap penyakit ketumbuhan mata.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport diserahkan ke mahkamah hingga kes selesai dan menetapkan 20 dan 28 Feb untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee dan Abu Arsalnaa Zainal Abidin.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia