Utusan Borneo (Sabah)

PM lancar rangka pembanguna­n Labuan

Tiga fokus utama menjelang tahun 2030

-

LABUAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis melancarka­n Rangka Tindakan Pembanguna­n Labuan 2030 iaitu pelan pembanguna­n hala tuju ekonomi pulau bebas cukai Labuan.

Pelan pembanguna­n yang direka khas untuk metransfor­masikan landskap ekonomi secara total Labuan itu menggarisk­an kepada tiga fokus utama iaitu pembanguna­n ekonomi, sosial dan fizikal.

Najib berkata pelan pembanguna­n yang menggarisk­an pelbagai projek pembanguna­n meliputi pembanguna­n persisiran pantai sehinggala­h pembanguna­n fizikal kawasan bandar itu akan melihat kepada perubahan ekonomi Labuan.

“Usaha untuk mempelbaga­ikan sumber ekonomi pulau ini perlulah direncanak­an, kalau tidak, Labuan tidak mungkin dapat mara ke hadapan setanding dengan tempat-tempat lain.

“Kita berhutang kepada warga Labuan ini, kerana antaranya, Labuan merupakan kubu kuat kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya pada pelancaran Rangka Tindakan Pembanguna­n Labuan 2030

“Usaha untuk mempelbaga­ikan sumber ekonomi pulau ini perlulah direncanak­an, kalau tidak, Labuan tidak mungkin dapat mara ke hadapan setanding dengan tempat-tempat lain. Kita berhutang kepada warga Labuan ini, kerana antaranya, Labuan merupakan kubu kuat kerajaan ” Barisan Nasional (BN). DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

itu yang dihadiri lebih 15 ribu warga Labuan.

Katanya antara projek berimpak tinggi yang dimasukkan dalam rangka tindakan pembanguna­n itu adalah cadangan pembinaan jambatan yang menghubung­kan Labuan dengan tanah besar Sabah melalui Menumbok.

“Walaupun ada orang kata, kalau kita lihat dari segi kos pembinaann­ya mungkin tidak begitu berdaya maju, tetapi kerajaan tidak melihat kepada kadar pulangan sahaja, tetapi kita mahu melihat pembanguna­n secara keseluruha­nnya, kerana kita tidak boleh menganggar­kan jumlah sesuatu,” katanya.

Najib berkata sekiranya jambatan ini menjadi pemangkin kepada perubahan pembanguna­n ekonomi Labuan, kerajaan persekutua­n tidak melihat halangan untuk meluluskan pembinaann­ya.

“Sekiranya jambatan ini boleh merancakka­n kegiatan ekonomi, membolehka­n penduduk mempunyai akses mudah ke tanah besar Sabah dan begitu juga dari tanah besar mudah ke pulau ini, dan jambatan ini boleh menggalakk­an pelaburan, makaberbal­oilahkitam­embina jambatan ini,” katanya.

Beliau berkata sebaik sahaja Kajian Kebolehlak­sanaan Tekno-Ekonomi cadangan pembinaan jambatan itu siap, dan kerajaan BN terus memerintah selepas Pilihan raya Umum Ke-14, adalah tidak mustahil jambatan berkenaan diteruskan pembinaann­ya.

“Mudah-mudahan keputusan pada hari tertentu (PRU14) nanti, merupakan keputusan yang menyebelah­i kerajaan yang ada pada hari ini, Insya-Allah kita semua akan kembali di sini untuk melancarka­n pembinaan jambatan Labuan yang sememangny­a dekat di hati warga Labuan,” katanya.

Najib berkata adalah menjadi harapan beliau rangka tindakan pembanguna­n Labuan itu akan mengenal pasti projek-projek yang boleh menyumbang kepada kadar pertumbuha­n pulau ini dan memberi keselesaan rakyat Labuan.

“Saya difahamkan akan ada taman tema di Tg Purun dan pembanguna­n semula berhadapan antai yang menyaksika­n kepada pembanguna­n ‘Esplanade Labuan’.

“Selain itu, saya juga difahamkan akan ada pembinaan kedai-kedai yang menjual barang berjenama antarabang­sa yang kita yakin akan menggalakk­an sektor pelanconga­n,” katanya. Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? NAJIB melihat replika Jambatan Labuan yang menghubung­kan Pulau Labuan ke Tanah Besar Sabah pada pelancaran Rangka Tindakan Pembanguna­n Labuan 2030 di Dataran Labuan pada Khamis. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku...
-Gambar Bernama NAJIB melihat replika Jambatan Labuan yang menghubung­kan Pulau Labuan ke Tanah Besar Sabah pada pelancaran Rangka Tindakan Pembanguna­n Labuan 2030 di Dataran Labuan pada Khamis. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku...
 ?? -Gambar Bernama ?? NAJIB melihat replika Jambatan Labuan magnetik yang direka oleh pelajar Sekolah Antarabang­asa Labuan pada Pelancaran Labuan Developmen­t Blueprint 2030 di Dataran Labuan pada Khamis.
-Gambar Bernama NAJIB melihat replika Jambatan Labuan magnetik yang direka oleh pelajar Sekolah Antarabang­asa Labuan pada Pelancaran Labuan Developmen­t Blueprint 2030 di Dataran Labuan pada Khamis.
 ?? -Gambar Bernama ?? NAJIB disambut oleh ribuan masyarakat pelbagai bangsa pada Majlis Pelancaran Labuan Developmen­t Blueprint 2030 di Dataran Labuan.
-Gambar Bernama NAJIB disambut oleh ribuan masyarakat pelbagai bangsa pada Majlis Pelancaran Labuan Developmen­t Blueprint 2030 di Dataran Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia