Utusan Borneo (Sabah)

3,000 jayakan Maulidur Rasul

Kontinjen Wanita Umno Tuaran muncul johan Kontinjen Terbaik

-

TUARAN: Hampir 3,000 umat Islam yang mewakili 41 kontinjen mengambil bahagian dalam Majlis Sambutan Malidur Rasul SAW Peringkat Daerah Tuaran 1439H di Dewan Seri Sulaman, di sini pada Khamis.

Sambutan itu dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor.

Terdahulu itu, Haji j i yang juga Adun Sulaman telah mengetuai peserta sambutan berarak dari padang mengelilin­gi Pekan Tuaran dan berakhir di dewan berkenaan.

Hadir di majlis itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Hj Yusof Abdul Abbas dan Pegawai Daerah Tuaran Mohd Sofian Alfian Nair yang juga pengerusi penganjur.

Turut hadir, ketiga-tiga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Daerah Tuaran, Datuk Jahid Jahim (Tamparuli), Johari Saiman (Sulaman) dan Kumin Gapai, Setiausaha Politik (Madius) Joisin Romut dan Setiausaha Politik (Hajiji) Kassim Razali.

Penceramah bebas Ustaz Hj Malai Ali Malai Ahmad menyampaik­an ceramah khas Maulidur Rasul SAW manakala Imam Daerah Tuaran Imam Sabli Hj Latip telah membaca doa pembukaan.

Persembaha­n khas juga diberikan oleh Kumpulan Nasyid Muslimin dan Kumpulan Kompang dari Mengkabong. Persembaha­n Marhaban dan Berzanji turut diadakan.

Acara kemuncak ialah pengumuman pertanding­an sepanduk/kontinjen dan penyampaia­n hadiah.

Kontinjen Wanita Umno Bahagian Tuaran muncul johan Kontinjen Terbaik sementara Sekolah Menengah Sains (KK) Tuaran Kontinjen Teramai.

Dalam kategori Kementeria­n/Jabatan/Swasta, Mahkamah Anak Negeri Tua ran muncul johan sementara naib johan ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran dan ketiga ArRayan GKT PPD Tuaran.

Masjid An-Nur Tuaran memenangi kategori Kampung/Masjid/Surau, tempat kedua Surau AlIkhwan Taman Sri Rugading dan ketiga Masjid Sulaiman Kg Tajau.

Bagi kategori Agensi/ Pertubuhan NGO/Persatuan pula, Pertiwisa Tuaran muncul johan, diikuti Wanita Umno Tuaran dan Wanita Usia Bahagian Tuaran.

Kontinjen Qurota Aayun SMK Badin memenangi kategori Sekolah, naib johan SMK Tamparuli dan ketiga SAR Ummi Al-Furqan.

Johan Maraban jatuh kepada An-Nur Kg Serusup Tuaran, diikuti Masjid Hj Noor dan Kg Termenung.

Kategori Kompang telah dimenangi oleh Hadrah Badan Masjid Nur Falah, tempat kedua Kompang Nurul Ikhwan Gayang dan ketiga Kumpulan Kasmir Persatuan Bajau Sama Sabah (PBSS) Cawangan Tenghilan.

Sambutan dengan tema ‘Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara’ itj adalah anjuran bersama Pejabat Daerah Tuaran dan Jheains Tuaran.

“Kontinjen Wanita Umno Bahagian Tuaran muncul johan Kontinjen Terbaik sementara Sekolah Menengah Sains (KK) Tuaran Kontinjen Teramai.”

 ??  ?? PERBEZAAN agama tidak menghalang Madius menghadiri sambutan Maulidur Rasul.
PERBEZAAN agama tidak menghalang Madius menghadiri sambutan Maulidur Rasul.
 ??  ?? JOHAN Kontinjen Terbaik, Wanita Umno Tuaran diwakili ketuanya Jamaliah Antalip (kanan) menerima hadiah disampaika­n Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kiri) Yusof, Jahid dan Sofian.
JOHAN Kontinjen Terbaik, Wanita Umno Tuaran diwakili ketuanya Jamaliah Antalip (kanan) menerima hadiah disampaika­n Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kiri) Yusof, Jahid dan Sofian.
 ??  ?? HAJIJI (dua kanan) mengetuai ribuan umat Islam dalam perarakan, diiringi oleh (dari kiri) Kassim, Yusof, Jahid dan Sofian.
HAJIJI (dua kanan) mengetuai ribuan umat Islam dalam perarakan, diiringi oleh (dari kiri) Kassim, Yusof, Jahid dan Sofian.
 ??  ?? JOHAN kategori Kementeria­n/Jabatan/Swasta, Mahkamah Anak Negeri Tuaran diwakili oleh Ketua Daerah OKK Mohd Daud Hj Sidek menerima hadiah disampaika­n Hajiji.
JOHAN kategori Kementeria­n/Jabatan/Swasta, Mahkamah Anak Negeri Tuaran diwakili oleh Ketua Daerah OKK Mohd Daud Hj Sidek menerima hadiah disampaika­n Hajiji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia