Utusan Borneo (Sabah)

Dua aset APMM berkeupaya­an tinggi kawal keselamata­n perairan Sabah

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dua aset Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) wilayah Kota Kinabalu berkeupaya­an tinggi dalam melaksanak­an operasi mengawal keselamata­n perairan Sabah.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata aset terbabit termasukla­h Kapal Maritim (KM) Banggi dan KM Arau.

“Kita sentiasa bersedia mengoperas­ikan aset yang ditempatka­n di sini bagi mengawal keselamata­n serta melaksanak­an kerja menyelamat di laut.

“Kapal besar iaitu KM Banggi dan KM Arau mampu belayar dalam tempoh yang lebih lama bagi penugasan kawalan keselamata­n di Zon Ekslusif Ekonomi di perairan Sabah berbanding kapal lain.

“Dengan adanya keupayaan ini, kita harapkan semua pegawai dan anggota kapal meneruskan kecemerlan­gan serta prestasi cemerlang sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KM Banggi di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar.

Turut hadir ialah Pengarah Maritim Daerah 15 Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz.

Pada majlis sama, turut diadakan penghargaa­n khidmat Pegawai Memerintah KM Banggi Komander Maritim Aidil Adzhar Salleh yang akan bertugas sebagai Pengarah Sistem Pengawasan Maritim (Swasla) Sabah.

Komander Maritim Mohammad Nasir Man dilantik Pegawai Memerintah KM Banggi baharu dan sebelum ini beliau bertugas sebagai Timbalan Pengarah Operasi Daerah Kota Kinabalu.

 ??  ?? KM Banggi mampu berlayar lebih lama di lautan bagi mengawal keselamata­n perairan Sabah.
KM Banggi mampu berlayar lebih lama di lautan bagi mengawal keselamata­n perairan Sabah.
 ??  ?? ZUBIL (tengah) menandatan­gani dokumen serah terima tugas Pegawai Memerintah KM Banggi.
ZUBIL (tengah) menandatan­gani dokumen serah terima tugas Pegawai Memerintah KM Banggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia