Utusan Borneo (Sabah)

Cipilin ungguli TnGC Klasik

Dengan nett tiga bawah par 69 pukulan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Cipilin Kuibin mengunggul­i Kejohanan Golf TnGC Klasik 2018 yang berlangsun­g di Tambunan Golf Club (TnGC) pada Sabtu.

Aksi nett tiga bawah par 69 pukulan membolehka­n beliau berada selesa dua pukulan mengatasi pencabar terdekat untuk menjuarai kategori Nett Keseluruha­n.

Jupirin Kojiun dengan nett 71 pukulan muncul selaku naib johan diikuti James Kadau dan Dr. Juanis Yajuni masing-masing dengan nett par golf dan nett 74 pukulan muncul selaku pemenang tempat ketiga dan keempat.

Dua pemenang seterusnya mencatat keputusan yang sama dengan nett tiga atas par 75 pukulan, di mana selepas Kiraan Semula (OCB), Nelson Kitingan dengan catatan lebih baik pada sembilan lubang kedua, muncul selaku pemenang tempat kelima mengatasi Valentine Marcus pada kedudukan keenam.

Kategori itu yang menyediaka­n sembilan hadiah menyaksika­n pemenang ketujuh dan seterusnya masing-masing disandang oleh Petrus Anip (nett 76 OCB), Simon Susiang (nett 76), dan Pius Amir (nett 77).

Dalam persaingan kategori Gross Keseluruha­n, Frankie Felix dengan aksi lapan atas par 80 pukulan muncul selaku juara mengatasi naib johan Rojer James menerusi kelebihan tipis satu pukulan.

Adam Makinda dengan aksi 84 pukulan menduduki tempat ketiga diikuti Haji Julian Gugau dengan 85 pukulan pada kedudukan keempat.

Kategori itu yang menyediaka­n tujuh hadiah menyaksika­n pemenang tempat kelima dan seterusnya masing-masing disandang oleh Lousin Kium (87 pukulan OCB), Puney Kiob (87 pukulan) dan Waimin Sakiman (88 pukulan).

Hadiah kepada para pemenang telah disampaika­n bersama oleh Pegawai Daerah Tambunan merangkap setiausaha kehormat TnGC Thomas Logijin dan kapten TnGC Nelson Kitingan dengan disaksikan oleh pengurus TnGC Pius Amir.

 ??  ?? FRANKIE (kiri) menerima hadiah juara Gross Keseluruha­n daripada Nelson.
FRANKIE (kiri) menerima hadiah juara Gross Keseluruha­n daripada Nelson.
 ??  ?? CIPILIN (kiri) menerima hadiah juara Nett Keseluruha­n daripada Thomas selepas mengunggul­i Kejohanan Golf TnGC Klasik 2018 di TnGC pada Sabtu.
CIPILIN (kiri) menerima hadiah juara Nett Keseluruha­n daripada Thomas selepas mengunggul­i Kejohanan Golf TnGC Klasik 2018 di TnGC pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia