Utusan Borneo (Sabah)

Golf Remaja SGCC tawar kategori baharu

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Kategori baharu untuk para pemain berumur sembilan tahun ke bawah diperkenal­kan pada Kejohanan Golf Remaja SGCC 2018 yang akan berlangsun­g pertengaha­n bulan hadapan.

Kejohanan edisi ke-16 itu akan berlangsun­g di Sabah Golf and Country Club (SGCC), Bukit Padang bermula 10-11 Februari.

Kapten SGCC Ng Loong Fah (gambar) ditemui pada Khamis berkata, kategori baharu itu akan menjadi kategori kumpulan umur keempat iaitu Kumpulan D.

Tiga kategori lain ialah Kumpulan A (16-18 Tahun), Kumpulan B (13-15 Tahun) dan Kumpulan C (10-12 Tahun).

“Kumpulan D ini melibatkan cabaran lapangan pendek atau pukulan dekat dan hanya terbuka untuk disertai oleh para pemain remaja SGCC.

“Pertanding­anuntukKum­pulan C pula akan berlangsun­g di atas lapangan sembilan lubang sahaja untuk hari pertama dan kedua,” jelas Ng.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak penganjur menjangka kejohanan kali ini mampu menarik kira-kira 80 penyertaan, sekalipun ianya dijalankan bukan semasa cuti sekolah.

“Tahun lalu, untuk kategori keseluruha­n, Maxwin Chiew yang mewakili Sutera Harbour Golf and Country Club muncul selaku juara kategori lelaki, manakala pemain kelahiran Korea Sally Song Eun A yang mewakili SGCC muncul selaku juara kategori perempuan,” kata beliau.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut dengan menghubung­i talian 088247533/016-8397411 (Noordin) sebelum tarikh tutup pada 2 Februari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia