Utusan Borneo (Sabah)

Medan ujian skuad B21 Sabah

- Oleh VITALIS G . BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan Piala Presiden Sabah (bawah 21 tahun) akan manfaatkan sepenuhnya penyertaan pada Pertanding­an Bola Sepak Empat Penjuru 2018 Beaufort untuk menguji kemampuan pasukan.

Pertanding­an anjuran Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Daerah Beaufort itu bermula hari ini melibatkan penyertaan empat pasukan iaitu bawah 21 tahun Sabah, pasukan Piala Belia Sabah (bawah 19 tahun), Pilihan Kuala Penyu dan Pilihan Beaufort.

Pertanding­an itu dijalankan secara liga satu pusingan dan berlangsun­g di Kompleks Sukan Beaufort selama tiga hari bermula hari ini.

Perlawanan pembukaan mempertemu­kan pasukan Pilihan Beaufort dan bawah 19 tahun Sabah (sepak mula jam 2.00 petang) disusuli bawah 21 tahun Sabah menentang Pilihan Kuala Penyu (4.15 petang).

Pengurus pasukan bawah 21 tahun Sabah Mohd Yassin

Aman percaya pasukan akan mendapat ujian lebih baik pada pertanding­an itu berbanding hanya menerusi perlawanan persahabat­an biasa.

“Ini adalah pertanding­an yang sudah pasti suasananya berbeza berbanding perlawanan persahabat­an.

“Saya percaya pertanding­an ini memberi ujian baik bukan sahaja kepada pasukan kami tetapi pasukan lain terutama

pasukan bawah 19 tahun kita (Sabah),” kata Yassin ketika dihubungi di Beaufort pada Khamis.

Beliau berkata, selain cuba memenangi pertanding­an itu, mereka juga akan memanfaatk­annya untuk mengenalpa­sti kelompok 18 pemain utama yang boleh disandarka­n sebagai pilihan membentuk kombinasi kesebelasa­n utama.

Skuad bawah 21 tahun Sabah musim ini dikendalik­an Johnny Dominicus selaku ketua jurulatih dan mereka mensasarka­n pencapaian lebih baik berbanding di kelompok tercorot pada dua musim sebelum ini.

Beliau berharap, orang ramai terutama peminat bola sepak di daerah Beaufort dan sekitarnya datang beramai-ramai menyaksika­n pertanding­an itu.

Pertanding­an itu menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 untuk juara manakala tempat kedua menerima RM1,500. Pasukan di tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima RM500.

Sambil itu, Presiden Safa Beaufort Datuk Haji Abdul Razak Sulaiman berkata, Sesi Bertemu Peminat oleh kedua-dua pasukan muda Sabah akan diadakan di tapak Tamu Beaufort pada Sabtu bermula jam 10.00 pagi di mana 100 peminat pertama akan menerima kalender poster pasukan bawah 21 tahun dan bawah 19 tahun Sabah.

Ini adalah pertanding­an yang sudah pasti suasananya berbeza berbanding perlawanan persahabat­an. Saya percaya pertanding­an ini memberi ujian baik bukan sahaja kepada pasukan kami tetapi pasukan lain terutama pasukan bawah 19 tahun kita (Sabah).

MOHD YASSIN AMAN Pengurus pasukan bawah 21 tahun Sabah

 ??  ?? SKUAD Bawah 21 Tahun Sabah 2018.
SKUAD Bawah 21 Tahun Sabah 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia