Utusan Borneo (Sabah)

Jin Wei, Ying Ying kekalkan rentak kemenangan mara ke suku akhir

-

KUALA LUMPUR: Pemain perseorang­an wanita negara, Goh Jin Wei dan Lee Ying Ying terus mengekalka­n momentum kemenangan apabila masing-masing berjaya melangkah ke suku akhir kejohanan badminton Perodua Masters Malaysia, hari ini.

Jin Wei hanya mengambil masa 31 minit menundukka­n Pai Yu Po dari Taiwan; 21-11, 21-11 pada aksi pusingan kedua di Arena Axiata, Bandaraya Sukan Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Namun Jin Wei, 18, bakal berdepan tugas sukar di peringkat suku akhir apabila dijadual bertemu bekas pemain nombor satu dunia, Ratchanok Intanon dari Thailand yang sebelum itu terpaksa berhempas pulas menewaskan Kirsty Gilmour dari Scotland; 9-21, 25-23, 21-14.

“Ratchanok adalah pemain berpengala­man. Saya akan memberikan saingan yang sengit dan mempamerka­n prestasi terbaik di hadapan penyokong tempatan.

“Saya hanya mahu fokus kepada corak permainan sendiri dan tidak mahu tertekan walaupun beraksi di gelanggang sendiri kerana saya sudah bekerja keras dalam persiapan menghadapi kejohanan ini,” kata Jin Wei.

Sementara itu, Ying Ying mara ke suku akhir selepas menewaskan Aya Ohori dari Jepun dalam pertarunga­n hampir sejam, dengan kemenangan 21-18, 17-21, 21-11.

Menanti beliau di suku akhir adalah seorang lagi bekas pemain nombor satu dunia, Carolina Marin dari Sepanyol yang menewaskan Mette Poulsen dari Denmark 21-15, 21-11. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? JIN WEI beraksi menentang lawannya dari Taiwan Pai Yu Po pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena Kuala Lumpur Sports City pada Khamis.
- Gambar BERNAMA JIN WEI beraksi menentang lawannya dari Taiwan Pai Yu Po pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena Kuala Lumpur Sports City pada Khamis.
 ?? - Gambar BERNAMA ?? AKSI Ying Ying ketika menentang Aya Ohori dari Jepun pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena KL Sports City pada Khamis. Beliau menewaskan Aya Ohori dengan 21-18, 17-21 dan 21-11.
- Gambar BERNAMA AKSI Ying Ying ketika menentang Aya Ohori dari Jepun pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena KL Sports City pada Khamis. Beliau menewaskan Aya Ohori dengan 21-18, 17-21 dan 21-11.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia