Utusan Borneo (Sabah)

CDM Sukan Asia tidak berkomprom­i isu disiplin atlet

-

KUALA LUMPUR: Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi

(gambar) memberi amaran keras terhadap atlet yang tidak mematuhi ‘perintah berkurung’ ketika temasya itu berlangsun­g.

Beliau berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menyingkir­kan atlet terlibat daripada kontinjen negara dengan serta-merta, sekiranya didapati keluar pada waktu malam tanpa kebenaran pengurus pasukan dan alasan yang munasabah.

“Kita sudah memberitah­u kepada pengurus pasukan... mereka (atlet) akan dihantar pulang dengan segera, menerusi penerbanga­n pertama. Pengurus pasukan bertanggun­gjawab dalam memastikan disiplin atlet bawah mereka.

“Kita juga akan ada pegawaipeg­awai lain yang akan mengawasi atlet negara,” katanya apabila diminta mengulas mengenai risiko atlet negara hilang fokus ketika menyertai temasya itu, terutamany­a di bandar raya Jakarta, selepas mesyuarat Pengurusan Pasukan ke Sukan Asia yang pertama di Wisma OCM di sini, pada Khamis.

Apabila ditanya mengenai perancanga­n untuk mengelak atlet negara terjejas dengan risiko keracunan makanan, beliau yang juga Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), berkata pihaknya akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah itu.

“Buat masa ini kita tidak ada perancanga­n untuk membawa tukang masak sendiri. Terlalu awal untuk membuat keputusan tentang perkara itu,” katanya.

Abdul Azim berkata antara perkara yang dibincangk­an pada mesyuarat itu ialah tugas dan peranan pengurus pasukan, keterangan mengenai venue dan kemudahan temasya itu serta masalah kesesakan lalu lintas di Jakarta.

“Kita juga akan mengadakan seminar mengenai anti-doping pada 7 Mac dengan kerjasama ISN dan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) untuk memberikan pendidikan dan kesedaran kepada atlet. Ia sangat penting kerana kebanyakan kes melibatkan atlet negara adalah kerana sibutramin­e, bahan yang digunakan untuk menurunkan berat badan, bukan ubat untuk meningkatk­an prestasi,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengesahka­n 80 atlet akan menyertai pertanding­an prakejohan­an melibatkan enam sukan iaitu memanah, olahraga, pencak silat, tinju, taekwondo dan angkat berat di Jakarta pada 10-18 Feb depan. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia