Utusan Borneo (Sabah)

Prestasi sebenar V Shem-Wee Kiong bakal diuji di suku akhir

-

KUALA LUMPUR: Pertembung­an dengan beregu nombor empat dunia, Liu Cheng-Zhang Nan dari China pada saingan suku akhir kejohanan badminton Perodua Masters Malaysia, hari ini, bakal menguji prestasi sebenar beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

V Shem-Wee Kiong yang baru digandingk­an semula, mara ke suku akhir apabila tidak berdepan masalah menyingkir­kan rakan sepasukan, Ong Yew SinTeo Ee Yi 21-17, 21-17 dalam masa 32 minit perlawanan pusingan kedua kejohanan itu yang berlangsun­g di Arena Axiata, Bandaraya Sukan Kuala Lumpur.

V Shem berkata dalam acara beregu, keserasian dan persefaham­an di gelanggang adalah sangat penting kerana ia akan mendorong mereka memberikan permainan yang kompetitif.

“Setakat ini, keserasian dan komunikasi antara kami adalah baik. Tumpuan kami untuk meraih sebanyak mungkin kejayaan pada tahun ini.

“Kami saling memberi motivasi supaya dapat memberikan permainan yang bagus dalam semua perlawanan. Tugasan lebih besar esok (hari ini), jadi kami akan berikan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Liu ChengZhang Nan menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Hiroyuki EndoYuta Watanabe dari Jepun; 21-11, 21-13.

Berdasarka­n tiga rekod pertemuan sebelum ini lebih

memihakkep­adaVShem-Wee Kiong yang menewaskan Liu Cheng-Zhang Nan sebanyak dua kali pada 2016.

Mengulas perlawanan pada Khamis, V Shem berkata mereka lebih mengetahui corak permainan Yew Sin-Ee Yi kerana sering berlatih bersama-sama di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

“Mungkin hari ini (Khamis), kami lebih cepat faham permainan mereka dan mudah mendapatka­n mata,” katanya. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? WEE Kiong (kanan) dan V Shem (dua, kanan) beraksi menentang lawannya dari Malaysia Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena Kuala Lumpur Sports City pada Khamis. -
Gambar BERNAMA WEE Kiong (kanan) dan V Shem (dua, kanan) beraksi menentang lawannya dari Malaysia Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena Kuala Lumpur Sports City pada Khamis. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia