Utusan Borneo (Sabah)

Misi perkukuh dagangan sawit di Jepun

- Oleh Yoong Jun Hao jhyoong@mpob.gov.my

TOKYO, JEPUN: Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong mengetuai satu misi teknikal dan promosi agrikomodi­ti ke Tokyo, Jepun pada pertengaha­n bulan lalu.

Misi ini bagi mengukuhka­n eskport produk agrikomodi­ti termasuk sawit ke Jepun dan meningkatk­an jaringan kerjasama dengan pihak berkaitan.

Ketika misi di Tokyo, Siew Keong mengadakan pertemuan dengan 65 peserta membabitka­n pengurusan tertinggi syarikat pengimport komoditi terbesar di Jepun, termasuk Pengerusi Nissin OilliO Group, Takao Imamura; President J-Oil Mills Inc, Fuminao Hachiuma dan Timbalan Pengurus Besar Showa Sangyo Co Ltd, Daisuke Ito.

Ketiga-tiga syarikat ini adalah pengimport minyak dan lelemak terbesar dengan lebih daripada 80 peratus syer dalam pasaran Jepun.

Pertemuan ini bukan sahaja meningkatk­an jaringan kerjasama dengan pihak tertentu di Jepun, malah menggalakk­an import minyak sawit dan agrikomodi­ti Malaysia oleh syarikat Jepun.

Selain itu, Siew Keong dan delegasi turut mengadakan lawatan teknikal ke Nisshin OilliO Group dan Kao Corporatio­n bagi membincang­kan peluang kerjasama untuk meningkatk­an perdaganga­n dan pelaburan antara industri sawit Malaysia dan syarikat pengguna sawit berkenaan.

Antaranya peningkata­n sokongan dan pengimport­an minyak sawit Malaysia serta peluang pelaburan dalam sektor hiliran sawit, seperti pengeluara­n tokotrieno­l (vitamin E) sawit di Malaysia.

Yang turut serta dalam lawatan teknikal berkenaan ialah Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din; Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Dr. Zairossani Mohd Nor; Ketua Pengarah Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB), Datuk Dr Jalaluddin Harun; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Dr. Kalyana Sundram; Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Datuk M. Nagarajan; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC), Low Yoke Kiew; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perkayuan Malaysia (MTC), Richard Yu Tuan Chong dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Malaysia di Jepun, Azri Mat Yacob.

Pada tahun 2016, Malaysia merupakan pengekspor­t minyak sawit terbesar ke Jepun berjumlah lebih 456,000 tan (72 peratus) diikuti Indonesia (28 peratus).

 ??  ?? SIEW Keong ketika pertemuan dengan pengurusan Nisshin OilliO bagi membincang­kan peluang kerjasama untuk meningkatk­an eskport minyak sawit Malaysia ke Jepun.
SIEW Keong ketika pertemuan dengan pengurusan Nisshin OilliO bagi membincang­kan peluang kerjasama untuk meningkatk­an eskport minyak sawit Malaysia ke Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia