Utusan Borneo (Sabah)

MPOB, POMA pertingkat kemampanan kilang sawit

- Oleh Wan Hasamudin Wan Hassan & Hasliyanti Alias wanhaswh@mpob.gov.my & hasliyanti@mpob.gov.my

BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengadakan sesi interaksi dengan Gabungan Persatuan Persatuan Pengilang Kelapa Sawit (POMA) bertempat di Ibu pejabat MPOB, di sini baru-baru ini.

Sesi dialog ini diadakan bertujuan berinterak­si dengan sektor pengilanga­n sawit bagi membantu MPOB merangka dan melaksanak­an program penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang seiring dengan keperluan industri serta memenuhi piawaian dan peraturan yang ditetapkan Kerajaan.

Seramai 83 peserta menghadiri dialog berkenaan, termasuk 50 ahli POMA yang mewakili Wilayah Utara, Tengah dan Selatan Semenanjun­g Malaysia; diketuai oleh Presidenny­a, Khoo Chee Hong.

Dialog ini menerima sambutan yang memberangs­angkan daripada POMA kerana banyak perkara berkaitan isu alam sekitar dibincangk­an dan diperhalus­i bagi mematuhi piawaian dan peraturan alam sekitar.

Sesi dialog yang dipengerus­ikan oleh Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah turut dihadiri Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Datuk Seri Ahmad Hamzah yang mengalualu­kan kehadiran peserta dialog berkata, program interaksi secara berterusan antara MPOB dengan pihak industri sawit adalah penting dan bertepatan dengan keperluan semasa terutama ketika industri smenghadap­i pelbagai cabaran termasuk kempen anti sawit di peringkat antarabang­sa.

Katanya, sebagai salah satu langkah untuk membantu pekebun kecil sawit mendapatka­n pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), MPOB telah melaksana Kelompok Sawit Mampan (Sustainabl­e Palm Oil Cluster; SPOC).

“Melalui konsep ini pekebun kecil digabungka­n dalam bentuk koperasi yang mana koperasi membeli buah tandan segar (BTS) daripada pekebun kecil dan menjualnya kepada kilang sawit.

“Pendekatan ini dapat memastikan sistem pengumpula­n BTS yang berkualiti dapat dibekalkan kepada kilang sawit, selain mempermuda­hkan usaha pensijilan ke atas koperasi pekebun kecil.

Pihak POMA kali ini mengemukak­an enam isu utama yang sebahagian besarnya melibatkan aspek alam sekitar seperti pencemaran amonia ke dalam sungai; had pelepasan efluen sawit dan pelepasan habuk ke udara yang bakal dikuatkuas­akan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Datuk Dr Kushairi berkata, JAS memaklumka­n peraturan baharu yang diwartakan terhadap industri sawit untuk menjaga kesejahter­aan alam sekitar negara, selain mewujudkan ekosistem rantaian bekalan produk sawit yang sihat dan lestari.

Majlis dialog diakhiri dengan saranan Datuk Seri Ahmad Hamzah agar semua agensi yang terlibat bekerjasma dengan MPOB mencari jalan penyelesai­an secara bersama dan harmoni terutama yang berkaitan dengan isu alam sekitar.

Kerjasama ini bertujuan menjamin industri sawit terus berkembang maju secara sihat dan mampan serta berdaya saing di persada antarabang­sa di samping memenuhi kehendak pasaran semasa.

 ??  ?? DATUK Seri Ahmad Hamzah ketika mempengeru­sikan dialog MPOB, POMA.
DATUK Seri Ahmad Hamzah ketika mempengeru­sikan dialog MPOB, POMA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia