Utusan Borneo (Sabah)

IMPAC dilantik Badan Peneraju Industri sektor perladanga­n dan komoditi

- Oleh Mohd Solah Deraman & Noor Asmawati Abd Samad solah@mpob.gov.my & watie@mpob.gov.my

PUTRAJAYA: Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, sehingga Disember lalu, Institut Perladanga­n dan Komoditi Malaysia (IMPAC) melatih purata 7,800 peserta melalui pusat latihan di bawah enam agensi setiap tahun dan menjangkak­an seramai 78,000 peserta daripada golongan belia akan dapat dilatih menjelang tahun 2020.

“Angka tersebut adalah masih kecil berbanding keperluan ketika ini. Kini terdapat 331,000 tenaga kerja asing daripada 538,000 tenaga kerja yang bekerja dalam sektor perladanga­n dan komoditi.

Katanya, usaha menggalakk­an tenaga kerja tempatan dalam industri ini adalah amat penting bagi memastikan sektor perladanga­n dan komoditi menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi dan penguranga­n kebergantu­ngan kepada pekerja asing.

Beliau berkata demikian semasa majlis Penganuger­ahan Konvokesye­n IMPAC kali ke5 Tahun 2017 yang diadakan pada Disember lalu. Pada majlis tersebut, seramai 726 peserta berjaya menamatkan kursus dalam pelbagai bidang kemahiran menerima sijil masing-masing.

Turut hadir adalah Pengerusi IMPAC yang juga Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din dan ketuaketua pengarah agensi di bawah Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC).

Pada majlis sama, IMPAC dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (Industry Lead Body - ILB) dalam sektor perladanga­n dan komoditi oleh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran, Kementeria­n Sumber Manusia.

Watikah lantikan diserahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran, Dr. Mohd Rashid Buyong Hamzah kepada Datuk Dr. Kushairi.

Sebagai ILB, IMPAC akan menjadi pusat sehenti (one stop center) bagi menyelaras, mengawal selia dan merancang aktiviti yang akan dijalankan terhadap semua kursus dan latihandal­amsektorpe­rladangan dan komoditi mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Selaras dengan saranan Kerajaan, melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), IMPAC akan menjalin kerjasama strategik dengan beberapa agensi pelaksana latihan seperti Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Kolej Yayasan Pahang (KYP), Internatio­nal Institute of Plantation and Management (IIPM), The Incorporat­ed Society of Planters (ISP) dan Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN).

Kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta ini sangat penting dalam mengoptimu­mkan latihan yang dijalankan bagi pembanguna­n modal insan secara dua hala dalam melahirkan pelatih yang kompeten dalam sektor perladanga­n dan komoditi.

Kejayaan yang dikecapi oleh IMPAC pada hari ini tidak terhad kepada bilangan pelatih sahaja tetapi turut dapat dilihat melalui pencapaian pelatih IMPAC di peringkat antarabang­sa.

Antaranya adalah melalui kejayaan yang diperoleh oleh pelatih IMPAC melalui MTIB dalam membawa pulang Medallion for Excellence di pertanding­an kemahiran WorldSkill­s Competitio­n 2017 di Abu Dhabi National Exhibition Centre, United Arab Emirates pada Oktober lalu.

DatukSeriM­ahjugaberh­arap, dalam mencapai sasaran IMPAC melatih belia tempatan untuk melahirkan pekerja yang berkemahir­an dalam industri komoditi, kerjasama dan sokongan daripada pihak industri adalah penting dengan menjadi penaja kepada latihan yang dijalankan oleh IMPAC dan pelatih yang mengikuti latihan boleh diserapkan sebagai pekerja di syarikat berkenaan.

“Ini akan membantu pihak kerajaan dalam mengurangk­an kos perbelanja­an latihan yang mana IMPAC akan menjadi ‘training provider’ kepada pihak industri dan belia yang tamat kursus secara terus akan mendapat jaminan pekerjaan. Kerjasama ‘menang-menang’ ini akan membantu menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan pendapatan tinggi,” katanya.

IMPAC ditubuhkan bertujuan menggabung dan menyelaras semua kursus dan latihan yang dilaksanak­an oleh agensi di bawah Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC).

Penubuhan IMPAC bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja terlatih dalam sektor komoditi yang merupakan salah satu sektor terbesar yang menyumbang kepada pendapatan eksport negara.

Bagi menarik minat belia mengikuti latihan dan berkecimpu­ng dalam sektor perladanga­n dan komoditi, penjenamaa­n IMPAC telah dibuat dengan melancarka­n laman sesawang (website) bagi menghebahk­an aktiviti latihan yang dilaksanak­an oleh setiap agensi MPIC dan permohonan mengikuti latihan secara dalam talian.

IMPAC juga mensasarka­n untuk menjadi institusi pilihan belia seluruh negara dalam bidang latihan kemahiran di sektorperl­adangandan­komoditi dan melahirkan tenaga kerja tempatan dan seterusnya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan pendapatan tinggi.

Dalam mencapai sasaran tersebut, generasi muda adalah digalakkan menceburi sektor perladanga­n dan komoditi yang kini memerlukan sekurangku­rangnya 54,000 tenaga kerja dalam industri berkenaan.

 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong menyaksika­n penyerahan watikah lantikan IMPAC sebagai Badan Peneraju Industri bagi latihan sektor perladanga­n dan komoditi daripada Jabatan Pembanguna­n Kemahiran.
DATUK Seri Mah Siew Keong menyaksika­n penyerahan watikah lantikan IMPAC sebagai Badan Peneraju Industri bagi latihan sektor perladanga­n dan komoditi daripada Jabatan Pembanguna­n Kemahiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia