Utusan Borneo (Sabah)

EU diskrimina­si biodiesel sawit

- Oleh Fadzil Ghazali afadzilg@mpob.gov.my

PUTRAJAYA: Langkah mengecuali­kan biodiesel sawit daripada tenaga diperbahar­ui oleh Kesatuan Eropah (EU) adalah penindasan bersifat pilih kasih serta langkah ke belakang dalam hubungan perdaganga­n antara EU dan Malaysia.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata Parlimen EU untuk mengesahka­n pengharama­n biodiesel sawit di Eropah, di bawah Arahan Tenaga Diperbahar­ui EU (RED) adalah langkah mundur dalam hubungan dua hala EU dan Malaysia.

Katanya, kerajaan akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk melindungi hak 650,000 pekebun kecil dan menjamin masa depan sektor sawit yang telah meningkatk­an taraf hidup jutaan rakyat Malaysia dan membebaska­n mereka daripada belenggu kemiskinan.

“Selain Jawatankua­sa Industri, Penyelidik­an dan Tenaga (ITRE) yang dilaksanak­anpada28No­vember lalu, saya merujuk kepada undi Jawatankua­sa Alam Eropah (ENVI) pada Oktober 2017 yang jelas menunjukka­n EU sengaja merancang untuk menyekat import biodiesel sawit.

“Sebarang percubaan untuk membezakan, atau tidak menyenarai­kan biodiesel sawit akan memberi kesan negatif kepada kerjasama perdaganga­n Eropah-Malaysia dan rantau Asia Tenggara dalam konteks yang lebih luas.

“Walau bagaimanap­un, ITRE menyokong pula pengeluar minyak bijian lain yang menjadi saingan kita untuk terus berpayung di bawah RED sedangkan minyak sawit disisihkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Seri Mah menegaskan, kerajaan Malaysia tidak dapat menerima sekatan perdaganga­n yang bersifat melindungi pihak tertentu, yang bercanggah dengan komitmen EU kepada Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO).

Katanya, selaku peneraju dalam penghasila­n minyak sawit mampan di peringkat global, Malaysia memberi komitmen serius dalam mewajibkan semua pengeluar minyak sawit negara mematuhi syarat persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO).

Katanya, usaha melindungi hutan Malaysia jauh lebih berkesan berbanding kebanyakan negara Eropah. Malaysia diiktiraf sebagai negara pengekspor­t biodiesel sawit antara yang termaju di dunia termasuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia.

“Malaysia juga adalah penerima Sijil Kemampanan dan Karbon Antarabang­sa daripada Jerman atau German ISCC, sekali gus membuktika­n pengekspor­tMalaysiam­enepati standard ketat yang ditetapkan pelanggan di Eropah.

“Ini secara tidak langsung membuktika­n tindakan Ahli Parlimen EU memperleke­hkan minyak sawit Malaysia sebagai perbuatan yang hina dan memperkeci­lkan diri sendiri kerana cuba menghasut Parlimen EU supaya menolak minyak sawit Malaysia.

“Dalam hal ini, Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, diberi tanggungja­wab untuk memantau perkembang­an di Parlimen EU terutama sentimen Ahli Parlimenny­a, berkaitan minyak sawit Malaysia,” katanya.

 ??  ?? Datuk Seri Mah Siew Keong
Datuk Seri Mah Siew Keong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia