Utusan Borneo (Sabah)

MPOB menang dua anugerah MCY 2017

- Oleh Suraya Mohamad haz_suraya@mpob.gov.my

KUALA LUMPUR: Dua teknologi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya menerima anugerah sempena Tahun Pengkomers­ialan Malaysia 2017 (MCY 2017) yang diadakan di sini, barubaru ini.

Dua teknologi terbabit ialah ‘Palm-based Chicken Feed’ yang diketuai oleh Rohaya Mohamed Halim menerima Anugerah Usahasama Penyelidik­an dan Perniagaan yang membawa pulang hadiah berupa trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM130,000.00, dan teknologi ‘Santan Sawit’ yang diketuai oleh Dr. Zaida Zainal memenangi hadiah sagu hati bagi kategori Anugerah Usahawan Penyelidik yang membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM50,000.00.

Anugerah MCY 2017 merupakan pengiktira­fan dan insentif kepada produk dan teknologi terbaik dan berinovasi tinggi.

Enam kategori dipertandi­ngkan melibatkan nilai hadiah keseluruha­n RM1 juta dan dipecahkan kepada beberapa kategori seperti Anugerah Ulung MCY dan lima kategori lain iaitu Anugerah Urusniaga Komersial; Anugerah Penyelidik­an dan Pengkongsi­an Perniagaan; AnugerahUs­ahawanPeny­elidik dan Anugerah Inovator Baharu yang menawarkan hadiah wang tunai masing RM130,000 serta trofi, cek dan sijil penyertaan.

Selain hadiah utama, beberapa hadiah saguhati juga disediakan antaranya Anugerah Usahawan Sosial (RM130,000) dan lima hadiah sagu hati dengan setiap satunya bernilai RM50,000.

Penganjura­n MCY 2017 bertujuan meningkatk­an ekosistem pengkomers­ilan dengan fokus kepada ‘niche market’ dan penerokaan pasaran global. Tumpuan khusus kepada teknologi dan penyelidik­an yang mempunyai permintaan tinggi daripada masyarakat.

Penganjura­n Tahun Pengkomers­ilan Malaysia (Malaysia Commercial­isation Year) MCY 2017 merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertujuan meningkatk­an pengkomers­ialan teknologi yang memberi impak kepada ekonomi negara.

 ??  ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menyampaik­an hadiah kepada MPOB bagi kategori Anugerah Usahasama Penyelidik­an dan Perniagaan sempena MCY 2017.
PERDANA Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menyampaik­an hadiah kepada MPOB bagi kategori Anugerah Usahasama Penyelidik­an dan Perniagaan sempena MCY 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia