Utusan Borneo (Sabah)

Olimpik Tokyo 2020 pertimbang MSPO sebagai pensijilan mampan

- Oleh Yoong Jun Hao jhyoong@mpob.gov.my

TOKYO, JEPUN: Olimpik Tokyo 2020 mempertimb­angkan skim Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai pensijilan mampan sebagai memenuhi keperluan mampan dalam penganjura­n sukan berprestij itu.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din dijemput oleh Kerajaan Jepun melalui Jawatankua­sa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 membentang­kan mengenai MSPO untuk dipertimba­ng sebagai skim kemampanan dalam satu mesyuarat oleh Jawatankua­sa Kerja Perolehan Mampan pada Disember 2017, di sini.

Tujuan utama mesyuarat Jawatankua­sa Kerja Perolehan Mampan tersebut adalah untuk membincang­kan pemilihan skim pensijilan yang sesuai untuk keperluan perolehan mampan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ahli-ahli Jawatankua­sa Kerja Perolehan Mampan terdiri wakil daripada pelbagai bidangterm­asukKement­erian, akademi, kesatuan pengguna, pihak industri dan organisasi bukan kerajaan Jepun.

Pada tahun 2015, Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa telah menetapkan elemen-elemen kemampanan dalam Agenda Olimpik 2020 sebagai salah satu syarat untuk menganjurk­an Sukan Olimpik.

Sejajar dengan keputusan itu, Jawatankua­sa Penganjur Olimpik Tokyo 2020 telah berikrar untuk menguatkua­sakan Agenda Olimpik 2020 tersebut dalam mengendali­kan persediaan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Antara elemen yang disebut termasukla­h perolehan makanan, peralatan, produk penjagaan diri dan sebagainya, yangmampan­untukdigun­akan semasa Olimpik Tokyo 2020.

Kerajaan Jepun mengenal pasti tiga skim pensijilan mampan sawit iaitu MSPO, skim Minyak Sawit Mampan Indonesia (ISPO) dan skim Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO) untuk pembentang­an mengenai skim masing-masing bagi dipertimba­ng untuk diguna pakai pada Olimpik Tokyo 2020.

Dalam mesyuarat yang dihadiri Datuk Dr. Kushairi, beliau telah membentang­kan usaha-usaha Kerajaan Malaysia dalam memastikan perkembang­an industri sawit yang mampan sejak tahun 1980-an sebelum wujudnya skim-skim pensijilan mampan pada tahun 2004.

Usaha berterusan ini diperkukuh­kan dengan mengguna pakai MSPO pada tahun 2015 yang bertujuan membawa industri sawit, termasuk pekebun kecil ke tahap kemampanan yang lebih tinggi.

Kerajaan Malaysia menerusi Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) turut memberi insentif kepada pekebun kecil serta syarikat perladanga­n bagi memastikan kos pensijilan mampan tidak menjejaska­n pendapatan penanam sawit ataupun disalur kepada pengguna.

Mesyuarat Jawatankua­sa Kerja Perolehan Mampan Tokyo 2020 yang selanjutny­a akan diadakan lagi pada tahun 2018 sebelum keputusan terakhir diumumkan oleh pihak Jepun.

 ??  ?? DATUK Dr. Ahmad Kushairi Din membentang­kan mengenai MSPO dalam mesyuarat Jawatankua­sa Kerja Perolehan Mampan di Tokyo, Jepun.
DATUK Dr. Ahmad Kushairi Din membentang­kan mengenai MSPO dalam mesyuarat Jawatankua­sa Kerja Perolehan Mampan di Tokyo, Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia