Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Nabawan nikmati kemudahan kesihatan

Klinik Kesihatan Nabawan sudah merawat 65,000 orang

- Oleh DELLROY

NABAWAN: Kirakira 65,000 pesakit telah menerima rawatan di klinik kesihatan yang baru dibina di daerah ini.

Menurut pegawai perubatan yang menjaga klinik itu, Doktor Ain Adam, bilangan sehari pesakit yang datang untuk menerima pelbagai rawatan adalah lebih kurang 300 atau 400 orang.

“Klinik ini menawarkan 19 perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan. Ia mula dibina pada pada tahun 2010 secara berperingk­at dan siap sepenuhnya pada November 2016 dengan kos RM28.8 juta, dan mula beroperasi pada 5 Disember 2016,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, seramai 87 anggota kakitangan yang terdiri daripada seorang pakar perubatan keluarga, sembilan pegawai perubatan, tiga pegawai pergigian, dua pegawai farmasi dan seorang pegawai sains pemakanan manakala selebihnya adalah terdiri kumpulan sokongan satu dan dua bertugas di klinik itu.

Sementara itu, penduduk kampung di daerah ini berpendapa­t pembinaan klinik oleh pihak kerajaan Barisan Nasional

(BN) di sini amat bertepatan kerana memudahkan lebih 32 ribu penduduk di tujuh mukim melibatkan 44 kampung mendapatka­n rawatan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Mangun Sapu, 70, dari Kampung Kabangawon­g dan Patimah Itauh, 54, dari Kampung Ulu Monsopoh mengatakan sebelum adanya klinik yang baharu itu, para penduduk kampung terpaksa mendapatka­n rawatan di klinik desa berhampira­n atau ke Hospital Keningau dengan jarak melebih 150 kilometer, yang melibatkan kos perbelanja­an perjalanan tinggi. Menurut mereka,

“Klinik ini menawarkan 19 perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan. Ia mula dibina pada pada tahun 2010 secara berperingk­at dan siap sepenuhnya pada November 2016 dengan kos RM28.8 juta, dan mula beroperasi pada ” 5 Disember 2016.

DOKTOR AIN ADAM Pegawai perubatan

pembinaan klinik itu sudah semestinya meringanka­n beban para penduduk terutamany­a bagi mereka yang kurang berkemampu­an untuk mendapatka­n rawatan yang lebih baik. “Kami amat berterima kasih kepada kerajaan BN

kerana memberikan satu lagi kemudahan kepada rakyat disini,” kata mereka.

Klinik kesihatan ini terletak 1 kilometer dari pekan di sini bakal akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari

ini.

 ??  ?? BANGUNAN Klinik Kesihatan Nabawan yang siap dibina bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri hari ini.
BANGUNAN Klinik Kesihatan Nabawan yang siap dibina bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri hari ini.
 ??  ?? KLINIK ini turut mempunyai taman permainan yang cantik.
KLINIK ini turut mempunyai taman permainan yang cantik.
 ??  ?? RUANG wad pesakit luar yang selesa di klinik berkenaan.
RUANG wad pesakit luar yang selesa di klinik berkenaan.
 ??  ?? PESAKIT di ruang menunggu sebelum dipanggil menerima rawatan.
PESAKIT di ruang menunggu sebelum dipanggil menerima rawatan.
 ??  ?? PATIMAH
PATIMAH
 ??  ?? AIN
AIN
 ??  ?? MANGUN
MANGUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia