Utusan Borneo (Sabah)

China terus perkukuh hubungan, kerjasama baik dengan negara jiran

-

DALAM era baharu kini, China akan terus memegang prinsip untuk menjaga hubungan baik dengan negara jiran demi memelihara keamanan dunia serta mempromosi pembanguna­n bersama, kata Konsul Besar China di Sabah, Liang Caide.

Beliau berkata China akan terus komited untuk memperkuku­h persahabat­an dan kerjasama dengan negara jiran dan ia komitmen serius negara berkenaan demi keamanan dunia.

“Kita (China) sentiasa memupuk hubungan dan perkongsia­n yang baik demi kepentinga­n bersama semua negara jiran. Dari segi geografi, China berhubung dengan beberapa negara jiran, oleh itu sejarah dan budaya yang hampir sama dapat mendekatka­n lagi hubungan sesama negara.

“Malah, setiap kali melawat negara jiran Presiden China Xi Jinping sering kali menegaskan bahawa negara berjiran perlu sering menghargai antara satu sama lain agar hubungan terus kukuh,” katanya semasa taklimat kepada media Sabah di Kota Kinabalu.

Beliau seterusnya berkata China adalah negara yang mementingk­an integriti.

“Justeru, hubungan antara negara jiran memerlukan keikhlasan dan ketelusan. Dalam memperkuku­h hubungan dengan negara jiran, kita memegang beberapa prinsip termasuk dari segi kebersamaa­n,” katanya.

Mengulas mengenai hubungan China dan Malaysia, Liang berkata Malaysia adalah rakan perdaganga­n terbesar negara itu di Asean selama lapan tahun berturut-turut.

“Pada masa ini, kedua-dua negara akan terus menerokai potensi perdaganga­n dan mempromosi liberalisa­si serta fasilitasi perdaganga­n.

“Dari segi pelaburan pula, China mendapat momentum yang baik untuk melabur di Malaysia dan pada 2016, Malaysia menjadi pusat pelaburan kedua terbesar bagi China,” katanya. Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? LIANG (lima kanan) bersama para Pengamal Media Sabah pada perjumpaan dan taklimat kepada para wartawan di Kota Kinabalu.
GambarBern­ama LIANG (lima kanan) bersama para Pengamal Media Sabah pada perjumpaan dan taklimat kepada para wartawan di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia