Utusan Borneo (Sabah)

1,000 murid terima kelengkapa­n sekolah

-

KOTA MARUDU: Kirakira1,000 murid dari 10 sekolah rendah di daerah ini terpilih menerima bantuan beg sekolah serta pakaian seragam dan set alat tulis pada majlis yang diadakan di dewan komuniti di sini.

Penyampaia­n kelengkapa­n persekolah­an itu dikendalik­an oleh Biro Keahlian Daftar Pemilih Umno Malaysia dengan kerjasama Umno Bahagian Kota Marudu.

Berucap di majlis itu, Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom @Mohd Fikri Bahanda menggesa kepada para pelajar yang terpilih agar menggunaka­n sumbangan kerajaan itu dengan sebaikbaik­nya walaupun nilainya tidak seberapa.

Katanya, kerajaan sentiasa peka terhadap keadaan sekolah-sekolah terpencil yang mempunyai murid ramai dan memerlukan perhatian.

Beliau berkata, masih banyak sekolah yang sukar dikunjungi apatah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan jalan utama ke sekolah berkenaan amat teruk.

“Maka, saya mencadangk­an agar ada cara terbaik membantu para pelajar di kawasan berisiko supaya mereka juga tidak tersisih daripada agihan bantuan kerajaan,” katanya.

Wetrom mengucapka­n terima kasih kepada penaja bantuan kerana telah memilih daerah ini dan mengingatk­an bahawa tidak semua bahagian di negeri ini terpilih untuk pengagihan kelengkapa­n persekolah­an percuma itu.

“Bagaimanap­un, saya merayu kepada pihak penaja agar meneruskan hasrat untuk membantu kesemua sekolah terpencil khasnya di daerah ini bagi meringanka­n beban ibu bapa pelajar dalam usaha memajukan bidang pendidikan,” katanya.

Hadir sama, Ketua Operasi Biro Keahlian Daftar Pemilih Umno Malaysia Ahmad Fuad, Timbalan Ketua Umno Bahagian Dato’ Hussein Oyong, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Datu Akdan Datu Nasran @Nasrin dan Pengerusi Guru-guru Besar Daerah Kota Marudu George Elang.

 ??  ?? WETROM menyampaik­an beg kepada salah seorang pelajar.
WETROM menyampaik­an beg kepada salah seorang pelajar.
 ??  ?? WETROM (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Fuad.
WETROM (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Fuad.
 ??  ?? WETROM merakamkan gambar kenangan bersama tetamu, ibu bapa dan para pelajar.
WETROM merakamkan gambar kenangan bersama tetamu, ibu bapa dan para pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia