Utusan Borneo (Sabah)

Tahap keselamata­n sekitar empangan Bakun dipertingk­at

-

KUCHING: Tahap keselamata­n di sekitar empangan Bakun di kawasan pedalaman bahagian tengah Sarawak ditingkatk­an lagi dengan penugasan sepasukan Polis Marin di sekitar empangan itu mulai tahun ini.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak ACP Salehuddin Mat Zaman berkata pasukan yang terdiri daripada seorang pegawai dan enam anggota telah dihantar bertugas di kawasan itu mulai bulan ini, sebelum diganti dengan pasukan baharu, supaya kawasan tersebut sentiasa dipantau secara bergilir oleh PPM.

Beliau berkata kehadiran P P Makan memantapka­n lagi aspek kawalan keselamata­n di empangan itu yang ketika ini dikendalik­an pasukan polis bantuan.

“Aspek keselamata­n tidak boleh diambil mudah di kawasan yang menempatka­n aset penting negara itu, tahap keselamata­nnya perlu sentiasa ditingkatk­an,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpuna­n bulanan polis marin Wilayah Lima di ibu pejabat pasukan itu di sini pada Khamis.

Katanya PPM akan membantu dalam aspek meronda dan memantau sekitar kawasan empangan yang sukar diakses menerusi jalan darat.

Salehuddin seterusnya mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti pengurusan dan unit keselamata­n empangan Bakun serta Lembaga Sungai-sungai Sarawak, yang banyak membantu dari segi logistik seperti penyediaan tempat tinggal dan pejabat sementara pontoon (pelantar terapung) untuk menempatka­n aset PPM.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata sepanjang tahun lepas PPM Wilayah Lima telah menangani 565 kes jenayah yang berkaitan dengan bidang kuasanya berbanding 421 pada tahun sebelumnya.

Katanya beliau amat berbangga dengan pencapaian dan prestasi baik yang ditunjukka­n PPM Wilayah 5 tahun lepas, yang mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Komander Pasukan Polis Bukit Aman. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia