Utusan Borneo (Sabah)

Jelajah Ewon dapat sambutan masyarakat

Penduduk Kg Takutan tetap teguh menyokong kerajaan BN

- Oleh SALMAN ABADI

Sempena lawatan di Kampung Takutan, Ewon meluluskan sumbangan 200 kerusi untuk melengkapk­an kemudahan peralatan balai raya, selain meluluskan peruntukan untuk kerja pendawaian elektrik dan tandas balai raya di kampung itu.

RANAU: Program siri jelajah dan lawatan kampung ke kampung oleh Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin terus mendapat sambutan mesra masyarakat setempat di sini.

Kunjungan beliau sering dinanti-nantikan kerana ia adalah masa dan kesempatan terbaik bagi para penduduk melalui pemimpin di peringkat kampung untuk menyuaraka­n permasalah­an, keperluan dan kemudahan serta pembanguna­n kampung.

Sempena lawatan di Kampung Takutan, Ewon meluluskan sumbangan 200 kerusi untuk melengkapk­an kemudahan peralatan balai raya, selain meluluskan peruntukan untuk kerja pendawaian elektrik dan tandas balai raya di kampung itu.

Dalam masa yang sama, beliau turut meluluskan bantuan RM4,000 untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Sagiban dan RM15,000 lagi untuk pembinaan dapur dewan Kampung Perancanga­n.

Beliau turut mempertimb­angkan pembaikan jalan raya kampung, penyediaan pondok tanah perkuburan dan tandas awam desa yang memerlukan pembaikan.

Beliau turut menerima borang keahlian baharu menyertai parti Upko Ranau seramai 65 orang, sekali gus menambah keahlian sedia ada seramai 125 orang yang mana kebanyakan ahli baharu itu adalah golongan belia dan beliawanis.

Ewon mengucapka­n selamat datang ke dalam keluarga Upko dan Barisan Nasional (BN) kepada ahli baharu Upko.

“Perkembang­an positif ini membuktika­n sokongan rakyat kepada parti Upko dan BN terus bertambah kukuh dan mantap,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen dan para pemimpin masyarakat setempat.

 ??  ?? (Gambar kiri)
(Gambar kiri)
 ??  ?? (Gambar atas) SEBAHAGIAN penduduk Kampung Takutan yang menghadiri majlis Siri Jelajah Lawatan ke kampung-kampung oleh Ewon.
EWON dan Arthur Sen bersama penduduk kampung melaungkan ‘Hidup Upko’ dan ‘Hidup BN’ sempena Siri Jelajah Lawatan ke Kampung...
(Gambar atas) SEBAHAGIAN penduduk Kampung Takutan yang menghadiri majlis Siri Jelajah Lawatan ke kampung-kampung oleh Ewon. EWON dan Arthur Sen bersama penduduk kampung melaungkan ‘Hidup Upko’ dan ‘Hidup BN’ sempena Siri Jelajah Lawatan ke Kampung...
 ??  ?? EWON (berdiri) berucap pada majlis itu. Turut bersama ialah Arthur (kanan).
EWON (berdiri) berucap pada majlis itu. Turut bersama ialah Arthur (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia