Utusan Borneo (Sabah)

Kedah tawar rebat 50 peratus tunggakan denda lewat bayar cukai tanah

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah menawarkan penguranga­n rebat 50 peratus sehingga 31 Mei ini ke atas tunggakan denda lewat menjelaska­n cukai tanah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din berkata penawaran tersebut diputuskan melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 8 Nov tahun lalu dan ia berkuat kuasa serta merta pada tarikh itu.

“Ini merupakan satu daripada inisiatif bagi meningkatk­an rasa tanggungja­wab rakyat terutamany­a terhadap pemilik-pemilik tanah bersyarat industri yang mempunyai skala yang besar untuk menjelaska­n tunggakan cukai sewa tanah mereka.

Orang ramai perlu merebut peluang ini untuk menjelaska­n tunggakan cukai mereka kerana penguranga­n yang ditawarkan adalah sangat tinggi dan tiada had maksimum yang ditetapkan untuk penguranga­n tersebut,” katanya kepada pemberita setelah menyampaik­an perutusan pada Program Perutusan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Amanat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Kedah 2018.

Sehubungan itu beliau berharap agar semua anggota pentadbira­n tanah di negeri ini dapat memainkan peranan dengan lebih proaktif bagi mengenal pasti pemilik-pemilik tanah yang mempunyai tunggakan tinggi supaya segera menjelaska­n cukai tanah mereka.

Sehingga tahun lalu, kerajaan negeri merekodkan jumlah tunggakan cukai tanah terkumpul berjumlah lebih RM60 juta membabitka­n 226,932 hak milik tanah.

Daripada jumlah itu Bakar berkata kebanyakan­nya terdiri daripada kategori bangunan iaitu sebanyak 145,159, pertanian (78,739) dan industri sebanyak 1,678 hak milik.

Pada 2017, PTG merekodkan jumlah kutipan hasil sebanyak RM39.9 juta iaitu pertambaha­n RM65.1 juta berbanding tahun sebelumnya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia