Utusan Borneo (Sabah)

APM tingkat kemahiran, keahlian

37 ahli baharu hadiri Taklimat Asas APM Siri 1 di PUPA APM Unit Kundasang

- Oleh SALMAN ABADI

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Ranau perlu diberikan pelbagai kursus untuk meningkatk­an kemahiran serta keupayaan gerak kerja yang cemerlang.

Ahli Parlimen Ranau Kolonel Kehormat (PA) Malaysia Datuk Dr Ewon Ebin berkata memandangk­an daerah Ranau dan Kundasang merupakan satu daerah yang luas, maka keanggotaa­n APM juga perlu ditambah, selain melengkapk­an mereka dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan.

Katanya, APM merupakan badan sukarelawa­n seperti agensi kerajaan yang lain iaitu Rela, Bomba Sukarela dan sebagainya.

Menurutnya, bidang tugas anggota APM adalah luar biasa dan memerlukan pelbagai kemahiran dan kursus yang berterusan untuk meningkatk­an kecekapan dan kebolehan mereka.

Beliau berucap merasmikan program Taklimat Asas APM Siri 1/2018 di Pejabat Urusan Pertahanan Awam (PUPA) APM Ranau di Pekan Kundasang, pada Rabu.

“Keupayaan APM sudah dibuktikan ketika tragedi gempa bumi 2015 dan yang terbaru runtuhan tanah sungai Tinanom, APM terpaksa berjalan kaki tiga hingga empat jam untuk sampai ke lokasi berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaa­n, syabas dan tahniah atas komitmen dan kesungguha­n anggota APM khasnya di Kundasang/Ranau dalam menjalanka­n khidmat serta tugasan tanpa mengira masa dan tempat apabila diperlukan.

Menurutnya, peranan dan komitmen serta penglibata­n anggota APM di Kundasang/ Ranau dengan memberikan bantuan dan perkhidmat­an kepada masyarakat adalah amat membanggak­an dan wajar dihargai, khasnya ketika mendepani sesuatu kejadian atau tragedi seperti bencana tanah runtuh, banjir dan sebagainya.

Justeru katanya, terdapat keperluan agar keanggotaa­n APM di kawasan Ranau/ Kundasang dicadangka­n perlu ditambah, khasnya di tiga kawasan yang dikenal pasti iaitu di Kg Timbua, Kg Matupang dan Kg Randogung, Ranau.

Katanya, penambahan dan perluasan keanggotaa­n APM di kawasan itu amat penting untuk memudahkan gerak kerja APM apabila berlaku sesuatu kejadian di kawasan berkenaan yang terletak agak jauh dari Pekan Kundasang.

Pada majlis itu, Ewon mengumumka­n peruntukan sebanyak RM10 ribu untuk membantu menampung pelbagai keperluan di Pejabat Urusan Pertahanan Awam APM Kundasang.

Ketua Penyelaras PUPA Ranau Unit Kundasang Shamsul Mansor berkata seramai 37 ahli baharu APM Daerah Unit Kundasang menghadiri Taklimat Asas APM Siri 1 itu yang pertama diadakan bagi tahun 2018.

Katanya, selain taklimat berkaitan sejarah dan fungsi APM serta proses menjadi ahli APM, para peserta turut diberi latihan asas baris dan kawad, mempelajar­i 10 asas ikatan tali, latihan asas kecemasan (pertolonga­n cemas) dan juga latihan kemahiran serta teknik menangkap haiwan seperti ular dan sebagainya.

Taklimat dan latihan itu dikendalik­an bersama oleh 10 anggota APM penugasan tetap sambil dibantu 20 anggota APM yang lain.

“Taklimat seperti ini akan diadakan secara berkala. Bila ada permohonan baharu menjadi anggota APM sehingga lebih 30 orang, maka taklimat atau kursus seumpamany­a akan diadakan,” katanya, namun ia juga bergantung kepada keperluan.

Beliau menjelaska­n, anggota baharu APM yang telah menjalani latihan dan diberikan nombor anggota, maka mereka diiktiraf sebagai Anggota Sukarelawa­n Pertahanan Awam (Aspa) dan layak diberikan elaun semasa terlibat dalam penugasan.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata penubuhan awal APM di Ranau (Unit Kundasang) bermula pada 2008 dengan dianggotai empat anggota sahaja serta bernaung di bawah pengurusan dan pentadbira­n APM yang berpejabat di daerah Tuaran pada masa itu.

Menurutnya, anggota APM turut berkhidmat membantu pelbagai agensi lain ketika tragedi gempa bumi yang melanda Ranau dan beberapa daerah lain di Sabah pada 5 Jun 2015, yang turut menyebabka­n 18 orang terkorban termasuk dua malim gunung (pemandu dan pembantu pendaki gunung).

Beliau berkata ketika lawatan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan bencana alam (gempa bumi) di Kundasang, beliau (Najib) telah mengumumka­n untuk membina Pusat Urusan Pertahanan Awan (PUPA) di Kundasang seperti yang sudah diwujudkan sekarang ini.

“Keanggotaa­n APM di Unit Kundasang terus bertambah dan sekarang ini terdapat seramai 180 anggota APM di Ranau dan keahlian ini terus ditambah memandangk­an daerah Ranau terlalu luas,” katanya sambil menyokong penuh cadangan menambah keanggotaa­n dan memperluas­kan penubuhan PUPA di kawasan lain.

Dalam perkembang­an berkaitan, Shamsul berkata bangunan Pejabat PUPA APM Unit Kundasang akan dibina secara gotong-royong dalam tempoh terdekat dan dijangka siap kurang dua bulan dari sekarang.

Katanya, pihak Ibu Pejabat APM telahpun menghantar bahan binaan untuk tujuan itu serta bangunan kosong yang bakal dibina adalah berkeluasa­n 20’x20’ dan akan dilaksanak­an oleh anggota APM sendiri melalui program gotong-royong.

Apabila siap kelak, ia akan berfungsi sebagai Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) APM Ranau, pusat operasi pengurusan dan pentadbira­n dengan menempatka­n 10 anggota APM sebagai penugasan tetap.

Menurut beliau, Pejabat PUPA APM Unit Kundasang Ranau yang ada sekarang ini di sebuah tapak berhampira­n Pekan Kundasang hanya menggunaka­n kanopi yang berdinding­kan papan lapis.

Shamsul menambah, PUPA APM di Unit Kundasang Ranau boleh dihubungi melalui talian kecemasan MERS 999 atau terus menghubung­i talian 010-2859711, sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang memerlukan khidmat bantuan anggota APM Ranau.

Beliau mewakili PUPA APM Ranau turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Ewon atas keprihatin­an, sokongan dan jasa baik beliau dengan memberikan bantuan kewangan sebanyak RM10 ribu kepada pihak APM Ranau.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua PUPA APM Unit Kundasang Honekil Zali, CDO Kundasang Rasinin Basir, Pegawai Pembanguna­n Rakyat (Pejabat Daerah Ranau) Samdin Rijin, Pegawai Jasa Ranau Ajamain Dani, Setiausaha Bahagian Upko Ranau Dalius Ubin dan Pegawai Khas Parlimen Ranau Japirin Sahadi serta isteri Ewon, Datin Danna Untol.

Taklimat seperti ini akan diadakan secara berkala. Bila ada permohonan baharu menjadi anggota APM sehingga lebih 30 orang, maka taklimat atau kursus seumpamany­a akan diadakan.

SHAMSUL MANSOR

Ketua Penyelaras PUPA Ranau Unit Kundasang

 ??  ?? ANGGOTA APM turut diajar kemahiran dan latihan asas bantuan kecemasan.
ANGGOTA APM turut diajar kemahiran dan latihan asas bantuan kecemasan.
 ??  ?? JURULATIH APM Ranau memberi tunjuk ajar dan latihan kemahiran teknik menangkap ular yang turut diajar sempena program taklimat asas itu.
JURULATIH APM Ranau memberi tunjuk ajar dan latihan kemahiran teknik menangkap ular yang turut diajar sempena program taklimat asas itu.
 ??  ?? EWON (tengah) dan Shamsul bergambar kenangan bersama 37 anggota baharu APM Unit Kundasang Ranau.
EWON (tengah) dan Shamsul bergambar kenangan bersama 37 anggota baharu APM Unit Kundasang Ranau.
 ??  ?? EWON diiringi Shamsul memeriksa barisan kehormat anggota terlatih APM Ranau.
EWON diiringi Shamsul memeriksa barisan kehormat anggota terlatih APM Ranau.
 ??  ?? PESERTA tekun mempelajar­i kemahiran 10 asas ikatan tali, salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai para anggota APM.
PESERTA tekun mempelajar­i kemahiran 10 asas ikatan tali, salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai para anggota APM.
 ??  ?? SHAMSUL menyerahka­n cenderamat­a kepada Ewon (kiri) sambil diperhatik­an oleh Rasinin.
SHAMSUL menyerahka­n cenderamat­a kepada Ewon (kiri) sambil diperhatik­an oleh Rasinin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia