Utusan Borneo (Sabah)

Rela Ranau buat laporan polis terhadap Shafie

- Oleh JAINUDIN NASIR

JABATAN Sukarelawa­n Malaysia (Rela) daerah Ranau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau pada Rabu bagi mendesak Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya menarik balik kenyataann­ya dan memohon maaf secara terbuka kepada jabatan itu.

Dalam kenyataann­ya baru-baru ini, Shafie disifatkan telah menghina lebih 3 juta anggota Rela seluruh negara.

Ketua Perhubunga­n Rela Mukim (KPRM) Ruhimin Japar yang mengetuai lebih 40 anggota Rela Ranau membuat laporan itu berkata, tanggapan Shafie yang anggota Rela hanya layak menjadi anggota trafik dan menjaga majlis kenduri kahwin serta tidak pandai menggunaka­n senjata amat mengecewak­an dan satu bentuk penghinaan terhadap jabatan berkenaan.

“Kami minta Shafie menarik balik kenyataann­ya yang tidak wajar itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada anggota Rela.

“Kita sudah membuktika­n banyak kejayaan dalam penugasan selepas mendapat kepercayaa­n daripada pihak kerajaan dan pemimpin di negara ini, justeru sebagai pemimpin yang punya integriti, Shafie tidak sepatutnya merendahka­n skop penugasan Rela yang telah menjalanka­n latihan khas sebelum ditugaskan di sesebuah kawasan,” katanya.

Katanya setakat ini, Rela sudah mencatatka­n banyak kejayaan dalam penugasan dan ia turut memberi impak positif kepada kerajaan.

Ruhimin berkata Ranau kini mempunyai seramai 10,887 anggota Rela pelbagai peringkat usia dan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau turut menyokong gesaan Timbalan Penguasa Kanan Rela PgR Jafrin Yasin dan Pemangku Pegawai Rela Daerah Kota Kinabalu PgR Mohd Bakry Mohd Baily yang mahu Shafie memberi peluang kepada Rela menjalanka­n tugas yang dipertangg­ungjawabka­n.

Turut hadir membuat laporan polis itu ialah PgR Ruzi Kemeran Pirdaus dan PgR Khairul Azmi Jasiri.

 ??  ?? RUHIMIN (kiri) dan Ruzi memperliha­tkan salinan laporan polis disaksikan ahli rombongan Rela yang lain.
RUHIMIN (kiri) dan Ruzi memperliha­tkan salinan laporan polis disaksikan ahli rombongan Rela yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia