Utusan Borneo (Sabah)

Juragan, lima kru kapal ditahan

Dipercayai dari negara jiran, tiada dokumen pengenalan diri

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan juragan dan lima kru kapal kayu dari negara jiran di perairan negara ini, kira-kira jam 8.35 malam Rabu.

Pegawai Pemerintah Marin Tawau DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata kesemua warga asing terbabit menaiki sebuah kapal kayu yang didaftarka­n di negara jiran, Indonesia.

“Mereka yang ditahan berusia antara 15-50 tahun dan disyaki dalam perjalanan dari arah Sungai Ice Box Tawau menuju ke Tarakan Kalimantan Utara,” katanya di sini pada Khamis.

Beliau berkata penahanan keenam-enam lelaki itu dijalankan oleh sepasukan PPM Tawau yang menjalanka­n tugasan Operasi Gelora dengan menaiki bot ronda PSC 10.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut terhadap juragan dan lima kru kapal kayu itu mendapati kesemua mereka

“Mereka yang ditahan berusia antara 1550 tahun dan disyaki dalam perjalanan dari arah Sungai Ice Box Tawau menuju ke Tarakan ” Kalimantan Utara. DSP MOHD NAZRI IBRAHIM Pegawai Pemerintah Marin Tawau

tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kita percaya mereka yang menaiki kapal kayu dari jenis pengangkut barang itu datang ke sini untuk mengambil ‘barang dagangan’ sebelum kembali ke Indonesia,” katanya.

Berikutan itu, PPM Tawau turut menahan kapal kayu terbabit yang dianggarka­n bernilai kira-kira RM85,000 dan dua unit enjin Yanmar berkapasit­i 130 kuasa kuda (RM16,000).

Nazri berkata penahanan dijalankan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/ 63 dan semua tahanan termasuk barang rampasan terlibat dibawa ke Pangkalan PPM Tawau.

 ??  ?? JURAGAN dan lima kru sebuah kapal kayu yang berdaftar dari negara Indonesia, ditahan oleh PPM Tawau.
JURAGAN dan lima kru sebuah kapal kayu yang berdaftar dari negara Indonesia, ditahan oleh PPM Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia