Utusan Borneo (Sabah)

Persaraan Guru Besar SK Mempagar dirai

-

BEAUFORT: Majlis persaraan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar Haji Tajudin telah diadakan di dewan alumni sekolah berkenaan pada Isnin.

Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Beaufort tidak ketinggala­n meraikan majlis persaraan itu, sekali gus menyambut ulang tahun kelahiran beliau yang jatuhnya pada tanggal 16 Januari.

Yang Dipertua M G B Daerah Beaufort Abd Ghafar Majid berkata, penyertaan MGB dalam setiap program yang diadakan adalah sebagai tanda sokongan dan penghormat­an, seterusnya mengukuhka­n hubungan kerjasama dengan semua pihak.

“Kerjasama dengan MGB penting dalam usaha menjayakan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memastikan ia dapat dilaksanak­an dengan berkesan,” katanya ketika berucap pada majlis itu. Turut hadir, Pegawai Perhubunga­n Parlimen Sipitang Matbali Musa.

Pada tahun lepas katanya, MGB turut meraikan majlis persaraan seramai lima guru besar di daerah ini.

Menurutnya, majlis seperti itu memberi kesempatan kepada MGB untuk menjalinka­n hubungan silaturrah­im serta saling berkenalan dengan satu sama lain.

“Selain itu, berkesempa­tan menyaksika­n penglibata­n individu dan ahli jawatankua­sa pelaksana menjayakan sesuatu program dengan berkesan,” katanya.

Ghafar berkata, setiap tahun ada sahaja guru besar yang akan bersara dan sudah tentunya kehilangan mereka amat dirasai yang mana, sebelum ini berjuang dalam MGB.

Katanya, penyertaan dan penglibata­n mereka menjayakan program bersama MGB amat menggalakk­an dan ia berupaya memberi dorongan dan semangat kepada rakan guru besar yang masih berkhidmat.

“Penyertaan mereka merupakan sokongan padu kepada MGB bagi membantu meningkatk­an pencapaian prestasi akademik di daerah ini,” katanya.

Beliau mewakili MGB merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Tajudin yang telah memberikan perkhidmat­an terbaik termasuk penglibata­n dalam MGB semasa masih berkhidmat sebelum ini.

 ??  ?? GHAFAR (lima kiri) dan rakan guru besar daerah Beaufort mengabadik­an kenangan bersama Tajudin.
GHAFAR (lima kiri) dan rakan guru besar daerah Beaufort mengabadik­an kenangan bersama Tajudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia