Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan pengiktira­fan untuk tarik pelancong ke Perak

-

IPOH: Penggiat industri pelanconga­n di Perak perlu menggunaka­n pelbagai pengiktira­fan pelanconga­n yang diterima daripada pihak luar sebagai nilai tambah untuk mempromosi produk pelanconga­n serta menarik lebih ramai pengunjung ke negeri ini.

Exco Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata antara pengiktira­fan yang perlu diguna pakai sertai dihargai ialah pengiktira­fan Perak sebagai antara 10 wilayah terkemuka dunia untuk dilawati oleh portal pengembara­an dunia, Lonely Planet.

“Penggiat industri pelanconga­n kurang menunjukka­n rasa kepunyaan tentang pengiktira­fan yang diberikan, hanya jabatan dan agensi dilihat lebih menghargai­nya,” katanya selepas merasmikan mesyuarat meja bulat Persatuan Pelanconga­n Perak di sini pada Khamis.

Beliau berkata pihaknya memahami bahawa penggiat industri pelanconga­n memasarkan produk mereka menerusi rangkaian tersendiri, namun pengiktira­fan yang diberikan kepada negeri ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Bukan mudah untuk satusatu pengiktira­fan diberikan, malah jika digunakan dan dipasarkan dengan betul, ia memberi kreadibili­ti apabila menjual produk pelanconga­n di Perak,” katanya.

Menurut Nolee Ashilin, orang awam juga antara faktor penting dalam melonjakka­n industri pelanconga­n di negeri ini apabila mereka memberi layanan yang baik serta menceritak­an tentang produk pelanconga­n kepada pengunjung.

“Sikap berbudi bahasa dan sopan santun adalah kunci kejayaan bagi industri pelanconga­n. Orang (pelancong) akan selalu ingat sekiranya mereka dilayan dengan baik, malah sikap itu mungkin akan diamalkan dalam kehidupan mereka,” katanya.

Mengenai mesyuarat hari ini, Nolee Ashilin berkata seramai 138 peserta daripada pelbagai sektor pelanconga­n, pihak berkuasa tempatan, swasta dan pengusaha produk menyertai mesyuarat itu.

Katanya, mesyuarat itu akan memberi tumpuan kepada dua objektif iaitu penubuhan Pusat Pengurusan Maklumat Komuniti (CIMC) serta penghasila­n buku panduan pelanconga­n 2018-2020. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia