Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin masyarakat, politik sokong

Untuk Sairin pertahan kerusi DUN Liawan dalam PRU-14

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Para pemimpin masyarakat serta politik menyokong penuh penyandang DUN Liawan, Datuk Haji Sairin Karno mempertaha­nkan kerusi itu yang dimenangin­ya dalam tiga pilihan raya umum yang lalu.

Mereka rata-rata menyatakan sokongan agar Sairin dicalonkan semula untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan Laiwan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Keningau Raymond Koh berkata, sepanjang tiga penggal menjadi wakil rakyat dan mewakili rakyat di kawasan Liawan, Sairin telah menunjukka­n komitmen yang tinggi terhadap kebajikan dan kesejahter­aan rakyat di kawasan itu.

“Beliau telah menunaikan tugas dan tanggungja­wabnya sebagai pemimpin rakyat dengan baik, mesra, ikhlas, jujur dan sentiasa menolong masyarakat Tionghua dalam apa juga keadaan.

“Saya menyokong penuh agar beliau diberikan peluang untuk bertanding sebagai calon BN pada PRU-14,” katanya.

Ketua Penerangan Umno Keningau Azman Haji Ruslan turut menyokong Sairin mempertaha­nkan kerusi Liawan pada PRU-14 memandangk­an hubungan ketua bahagian Umno Keningau begitu baik dengan pemimpin-pemimpin di peringkat negeri dan Pusat.

Tambahan lagi, apa juga pemasalaha­n yang dihadapi oleh rakyat di kawasan itu, sama ada dari segi pembanguna­n infrastruk­tur mahupun berupa bantuan ihsan, akan diusahakan sehingga selesai.

“Bagi saya, Sairin adalah pemimpin yang berjiwa rakyat, memahami kehendak rakyat dan mengenali denyut nadi rakyat di kawasan ini. Saya yakin jika pimpinan BN memberikan peluang untuk beliau mempertaha­nkan kawasan Liawan, BN boleh memenangi kawasan ini pada PRU-14 dengan menjoriti yang lebih besar,” katanya.

Selain itu kata Azman, kepimpinan Sairin boleh diterima oleh semua pihak, sama ada pimpinan akar umbi, kalangan komponen BN dan juga masyarakat kaum Tionghua seluruhnya.

Pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) Liawan Cleadeus Kinsik menyifatka­n Sairin adalah pilihan rakyat pelbagai anutan agama di kawasan ini dan calon boleh menang.

Beliau yang juga mantan setiausaha bahagian PBS di Liawan turut menyokong penuh Sairin mempertaha­nkan kawasan Liawan pada PRU-14.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Senagang David Lantskang menyifatka­n kepimpinan Sairin masih diperlukan di DUN Liawan.

“Beliau adalah pemimpin berjiwa rakyat, mudah didampingi dan amat sesuai mewakili Liawan. Sairin adalah pilihan terbaik untuk memenangi DUN Liawan pada PRU-14,” katanya.

Ahli Jawatankua­sa Bahagian Umno Keningau Haji Yazid Mohd Hasnan Tawik berkata, Sairin adalah calon yang paling sesuai untuk mempertaha­nkan kerusi BN bagi DUN Liawan memandangk­an pimpinan beliau boleh diterima oleh semua rakyat pelbagai kaum dan agama di kawasan itu.

Katanya, Sairin juga telah menunjukka­n prestasi cemerlang dalam memimpin rakyat selain telah melaksanak­an tanggungja­wabnya sebagai wakil rakyat yang sentiasa mendamping­i rakyat dan turun padang bagi menyelesai­kan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat.

“Beliau merupakan calon yang mempunyai pakej untuk mewakili rakyat di kawasan Liawan dan kita berharap agar kepimpinan BN negeri dan Pusat memberi peluang serta keutamaan kepada Sairin sebagai calon BN bagi kawasan Liawan pada PRU-14.

“Selain itu, pimpinan beliau juga boleh diterima oleh parti-parti komponen BN di kawasan ini termasuk juga Parlimen Keningau,” katanya.

Pengerusi JKKK Gaulan dalam Mukim Senagang Hannah Chung menyifatka­n Sairin seorang pemimpin yang sangat rapat dengan rakyat.

Katanya, beliau tidak jemu membantu rakyat dan sentiasa bersama rakyat dalam keadaan susah dan senang.

Sairin yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam kenyataann­ya yang tersiar di akhbar ini pada Selasa akan mempertaha­nkan DUN Liawan yang dimenangi dalam tiga pilihan raya yang lalu melalui tiket BN pada PRU-14.

“Rakyat kawasan Liawan masih memerlukan pimpinan saya dan saya bersedia untuk mempertaha­nkan Liawan pada PRU-14,” katanya.

Katanya, kedudukan BN di Liawan masih kuat dan berada di landasan yang betul.

Sairin telah memenangi kawasan Liawan atas tiket BN pada tiga pilihan raya umum lalu sejak kawasan itu diwujudkan melalui persempada­n baharu pada 2004.

Pada PRU-13 Sairin yang bertanding atas tiket BN memenangi kawasan itu apabila memperoleh­i 5,383 undi dalam pertanding­an lima penjuru dengan memperoleh­i majoriti 1,752 undi.

Jumlah pemilih berdaftar pada PRU-13 adalah 14,046 dan jumlah keluar mengundi 11,518 dengan peratusan 81.90.

Pada PRU-14, jumlah pemilih berdaftar untuk kawasan Liawan adalah seramai 16,789 orang yang menunjukka­n pertambaha­n 2,733 orang.

 ??  ?? AZMAN
AZMAN
 ??  ?? CLEADEUS
CLEADEUS
 ??  ?? YAZID
YAZID
 ??  ?? HANNAH
HANNAH
 ??  ?? DAVID
DAVID
 ??  ?? RAYMOND
RAYMOND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia