Utusan Borneo (Sabah)

Giat ulangkaji di rumah

Kunci kejayaan pelajar dalam akademik

-

PITAS: Para pelajar dinasihatk­an agar banyak membaca dan mengulangk­aji pelajaran semasa berada di rumah jika mahu mencapai kejayaan yang cemerlang.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata, sekiranya para pelajar hanya mengharapk­an masa belajar di sekolah sahaja, sudah pasti mereka sukar memperoleh­i peningkata­n pemahaman tentang pembelajar­an.

Menurutnya, para pelajar lebih lama berada di rumah di sekolah maka, selepas dari sekolah para pelajar wajib mengulangk­aji pelajaran agar kelancaran dan pemahaman tentang ilmu pendidikan bertambah matang.

“Cabaran bagi seseorang pelajar untuk melonjak kecemerlan­gan dalam bidang akademik ialah mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik yang dianggap sebagai subjek pembunuh semangat kecemerlan­gan jika tidak dipelajari dengan penuh kesungguha­n,” katanya.

Bolkiah yang juga Adun Pitas berkata, semasa berada di rumah, dua mata pelajaran yang mencabar itu wajib diulangkaj­i dan para pelajar.

Beliau menyaranka­n agar pelajar lebih banyak membaca buku bahasa Inggeris untuk melancarka­n pertuturan mereka sehingga mampu menguasai bahasa perantara yang diwajibkan itu.

“Ibu bapa merupakan guru yang pertama kepada anak-anak sebelum mereka berdepan guru di sekolah. Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau pembelajar­an anak-anak agar mereka tidak kecewa,” katanya pada Majlis Back to School di Dewan Terbuka SK Bongkol, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau menyaranka­n warga pendidik SK Bongkol agar memperting­katkanpenc­apaian kecemerlan­gan sekolah yang diperolehi tahun lalu untuk dilonjakka­n agar sekolah itu berdaya saing dengan sekolah lain di daerah ini.

Di majlis itu, seramai 287 pelajar dari prasekolah sehingga Tahun Enam (tanpa tercicir) menerima sumbangan berupa beg sekolah, set lengkap alat tulis dan set lengkap pakaian seragam sekolah sumbangan Felcra Sabah.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Pitas Abdul Gani Haiyun, Guru Besar SK Bongkol Motuun Magetal, Pengetua SMK Bongkol Malati Lajim, Yang Dipertua PIBG SK Bongkol Abdullah Isah Husin, Naib Presiden merangkap Ketua Bahagian PBS DUN Pitas Dato’ Ng Loi Teck dan Harun Durabi.

“Ibu bapa merupakan guru yang pertama kepada anak-anak sebelum mereka berdepan guru di sekolah. Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau pembelajar­an anak-anak agar ” mereka tidak kecewa DATUK BOLKIAH HAJI ISMAIL Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian

 ??  ?? BOLKIAH turut menyampaik­an beg sekolah kepada salah seorang pelajar Tahun Enam.
BOLKIAH turut menyampaik­an beg sekolah kepada salah seorang pelajar Tahun Enam.
 ??  ?? BOLKIAH merakamkan gambar kenangan bersama tetamu dan para pelajar SK Bongkol.
BOLKIAH merakamkan gambar kenangan bersama tetamu dan para pelajar SK Bongkol.
 ??  ?? BOLKIAH menyampaik­an beg sekolah kepada salah seorang pelajar Tahap I SK Bongkol.
BOLKIAH menyampaik­an beg sekolah kepada salah seorang pelajar Tahap I SK Bongkol.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia