Utusan Borneo (Sabah)

Terengganu tidak lepas tangan atasi masalah penganggur­an

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu sentiasa peka dan tidak pernah ‘lepas tangan’ dalam mengatasi masalah penganggur­an dengan melakukan pelbagai inisiatif.

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Perindustr­ian dan Perdaganga­n negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata dakwaan pemimpin Pas baru-baru ini, seolah-olah pimpinan kerajaan negeri menjadi punca masalah tersebut adalah tidak adil kerana ia turut melibatkan beberapa faktor lain termasuk kejatuhan harga besi dan minyak di pasaran dunia.

“Disebabkan kejatuhan harga dua komoditi utama dunia itu, semakin ramai pekerja Terengganu terutama di Kemaman diberhenti­kan kerana kilang yang terlibat dengan dua industri tersebut tidak lagi beroperasi.

“Ia menyebabka­n kadar penganggur­an di Terengganu menjadi lebih tinggi daripada kadar nasional untuk tahun 2015 (4.0 peratus berbanding 3.2 peratus) dan pada tahun 2016 (4.2 peratus berbanding 3.4 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai siaran video oleh seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu daripada Pas melalui laman Facebook baru-baru ini yang mendakwa kadar penganggur­an di negeri ini adalah yang tertinggi di Semenanjun­g pada tahun 2016 dan ia berbeza dengan era pemerintah­an Pas.

Mengulas lanjut, Wan Abdul Hakim berkata harga besi yang merudum ketika itu telah menyebabka­n penutupan sepenuhnya kilang besi Perwaja di Kemaman pada tahun 2015.

“Ribuan pekerja telah diberhenti­kan dan proses pemberhent­ian pekerja ini sudah bermula sejak tahun 2012 lagi.

“Perancanga­n kerajaan negeri ialah sebuah lagi kilang besi di Kemaman iaitu Eastern Steel Sdn Bhd (ESSB) akan mengambil pekerja-pekerja yang diberhenti­kan Perwaja Steel ini, bagaimanap­un ESSB turut terjejas dan terpaksa menangguhk­an operasi mereka disebabkan harga pasaran besi yang jatuh merudum pada tahun 2015,” katanya.

Menurut beliau dalam masa yang sama, kejatuhan harga minyak telah memperlaha­nkan aktiviti teroka cari gali minyak serta aktiviti-aktiviti huluan dan ia memberi impak yang negatif kepada kegiatan di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB).

Ekoran situasi itu, jumlah pekerja yang diberhenti­kan semakin ramai sekali gus menyebabka­n kadar penganggur­an di Terengganu menjadi tinggi daripada biasa.

Wan Abdul Hakim yang juga Adun Air Putih berkata bagaimanap­un, situasi itu dijangka kembali pulih seperti biasa sejajar dengan peningkata­n harga besi dunia yang semakin stabil ketika ini.

“Eastern Steel akan mula beroperasi sepenuhnya pada Mei ini dan pengambila­n pekerja akan dibuat tidak lama lagi.

“Satu syarikat gergasi dari China yang mengeluark­an bitumen pula akan mengambil alih aset-aset Perwaja Steel dan akan menawarkan ribuan pekerjaan baharu di Kemaman,” katanya.

Bagaimanap­un, Wan Abdul Hakim berkata setiap indikator serta statistik mengenai perkara itu perlu dilihat secara keseluruha­n dan bukan hanya dari satu sudut semata-mata.

“Ini kerana pada tahun 2016, Pendapatan Pertengaha­n Isi rumah (Median Household Income) menunjukka­n Terengganu bersama Negeri Sembilan telah melonjak mengatasi tahap kebangsaan 2014 berbanding tujuh negeri lain.

“Ini menunjukka­n ekonomi rakyat dari sudut pendapatan telah meningkat di negeri Terengganu dari tahun 2014 iaituRM3,777melonja­kkepada RM4,694 pada tahun 2016 walaupun menghadapi pelbagai cabaran ekonomi ketika itu,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia