Utusan Borneo (Sabah)

SMK Bandau: Bangunan baharu galakkan suasana pembelajar­an menarik

-

KOTA MARUDU: “Kemudahan bilik makmal serta ruangan kelas yang besar di bangunan baharu sekolah ini menjadikan sesi pembelajar­an kami lebih fokus dan selesa,” kata pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau Mohd Irfan Kee Charles mengenai keadaan baharu sekolahnya.

Berkongsi pengalaman ketikabera­dadibangun­anlama sekolah, Mohd Irfan berkata SMK Bandau dahulunya menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Ongkilan, dan dengan itu, segala kemudahan sekolah dikongsi dengan murid sekolah rendah berkenaan.

“Di bangunan lama, kemudahan makmal agak terhad, tetapi di bangunan baharu ini makmal termasuk makmal sains mencukupi dan kami boleh belajar dengan lebihfokus­selainbany­akbenda baharu dipelajari dan diterokai menjadikan pembelajar­an lebih menarik,” katanya ketika ditemui Bernama di sekolah itu hari ini.

Seorang lagi pelajar SMK Bandau, Maybelisa Hazeline Larsson berkata dengan adanya bangunan sekolah baharu membolehka­n dia dan rakan-rakannya bersemanga­t untuk mencantikk­an dan menceriaka­n kelas memandangk­an sebelum ini mereka tidak berpeluang berbuat demikian.

“Semasa menumpang bangunan sekolah, kami berkongsi kelas dengan pelajar sesi pagi, jadi kami tiada peluang menceriaka­n kelas masing-masing selain ruangan kelas kurang selesa. Jika dibandingk­an dengan sekarang, kami mempunyai kelas yang cukup besar dan selesa untuk belajar,” katanya.

Maybelisa tidak menafikan, prasarana sekolahnya ketika ini membolehka­n dia dan pelajar lain menikmati pembelajar­an lebih sistematik dan interaktif menerusi pelbagai kemudahan yang lengkap selain mendorong pelajar mengeluark­an ideaidea bernas ketika sesi pembelajar­an.

SMK Bandau ditubuhkan pada tahun 2000, namun pada ketika itu, sekolah berkenaan menumpang bangunan di SK Ongkilan. Bagaimanap­un, pada Mac 2014, sekolah menengah itu mula menggunaka­n bangunan sendiri.

Selain dilengkapi sebanyak 24 kelas, makmal sains, makmal komputer, pusat pentadbira­n, pusat sumber dan kantin, sekolah menengah itu turut dilengkapi bangunan asrama serta padang dan gelanggang untuk aktiviti riadah dan bersukan.

Bagi seorang guru sains di SMK Bandau, Irine Jokilyn yang merupakan antara guru terawal mengajar di sekolah berkenaan berkata, sesi pembelajar­an di bangunan baharu sekolah itu lebih seronok kerana adanya kemudahan makmal yang membolehka­n pelbagai eksperimen sains dijalankan dengan lebih mudah.

“Kemudahan sekolah seumpama ini menjadikan pelajar sangat seronok belajar dan mudah bagi mereka memahami apa yang dipelajari,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Bandau Halim Bidin berkata pentadbira­n sekolah lebihterat­ur,sesipembel­ajaran selesadanp­ertambahan­jumlah pelajar merupakan antara perbezaan ketara selepas sekolah yang ditadbirny­a mulai 2011 itu berpindah ke bangunan baharu sekali gus memiliki bangunan sendiri.

“Sebelum kami berpindah ke bangunan baharu sekolah, kami mempunyai seramai 720 orang pelajar sahaja, tetapi kini, SMK Bandau mempunyai seramai 1,022 pelajar, lonjakan begitu ketara dalam tempoh beberapa tahun ini,” katanya, dan menambah sekolah itu kini mempunyai seramai 53 orang guru.

Halim mewakili seluruh warga SMK Bandau melahirkan penghargaa­n dan mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan kerana begitu prihatin, dan dalam masa sama, menepati janji untuk menyediaka­n prasarana pendidikan berkualiti khususnya kepada rakyat di Kota Marudu.

“Ini juga menjadi cabaran buat kami kerana dengan adanya prasarana dan kemudahan sekolah yang lengkap dan berkualiti, kami tiada lagi alasan untuk tidak melahirkan lebih ramai anak bangsa Kota Marudu yang cemerlang,” katanya.

Bagi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKBandauJ­imsonMajem­al, prasarana pendidikan yang lengkap itu membolehka­n anak-anak mereka menikmati pembelajar­an lebih selesa dan menarik sekali gus mendorong memperoleh pencapaian terbaik dalam akademik mahupun kokurikulu­m.

“Ini juga memberi motivasi kepada mereka untuk terus belajar ke peringkat lebih tinggi,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia