Utusan Borneo (Sabah)

Dibaling bom petrol

Stesen minyak nyaris terbakar, sebuah pam terkena bom petrol dilontar individu tidak dikenali.

-

KOTA SAMARAHAN: Sebuah stesen minyak di Jalan KuchingSam­arahan di sini nyaris terbakar selepas salah satu pamnya terkena balingan bom petrol dalam kejadian sekitar tengah malam Selasa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pihaknya dimaklumka­n oleh pihak pengurusan stesen minyak tersebut bahawa bom petrol itu dilontar oleh dua individu tidak dikenali.

“Mengikut maklumat daripada pekerja dan pengurus stesen minyak itu, terdapat dua individu tidak dikenali melontar bom petrol ke pam minyak berkenaan sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal. “Kebakaran bagaimanap­un berjaya dipadamkan oleh pekerja stesen minyak itu menggunaka­n dua unit tabung alat pemadam api mudah alih,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Menurutnya, pihak bomba membuat pemantauan untuk

“Mengikut maklumat daripada pekerja dan pengurus stesen minyak itu, terdapat dua individu tidak dikenali melontar bom petrol ke pam minyak berkenaan sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal. Kebakaran bagaimanap­un berjaya dipadamkan oleh pekerja stesen minyak itu menggunaka­n dua unit tabung alat alih.” pemadam api mudah Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuska­n kebakaran sebelum beredar dari tempat kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Difahamkan, laporan polis berhubung kejadian juga dibuat oleh pihak pengurusan stesen minyak itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahka­n perkara itu dan memberitah­u siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

“Kita menerima laporan pada jam 11 pagi tadi (Rabu) dan kita dimaklumka­n bahawa bom petrol tersebut dilontarka­n oleh individu tidak dikenali.

“Difahamkan, suspek adalah seramai empat individu yang menunggang dua motosikal.

“Kita sedang menjalanka­n siasatan terperinci serta sedang giat menjejaki suspek,” katanya sambil menambah, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Kes itudisiasa­t di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? BAHAGIAN pam minyak itu yang terbakar akibat dibaling bom petrol.
BAHAGIAN pam minyak itu yang terbakar akibat dibaling bom petrol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia