Utusan Borneo (Sabah)

Kajian penilaian berat beg murid sekolah tidak begitu relevan

-

KUCHING: Kajian penilaian berat beg murid sekolah yang kini sedang dijalankan oleh Kementeria­n Pendidikan dilihat tidak begitu relevan memandangk­an isu itu sudah mempunyai kaedah penyelesai­annya.

Presiden KGBS Ahmad Malie berkata, apa yang penting, kaedah itu menuntut keprihatin­an kedua-dua belak pihak iaitu pihak sekolah dan ibu bapa.

“Kita (KGBS) terkilan dengan isu beg berat dalam kalangan murid sekolah yang sepatutnya tidak timbul lagi.

“Ini kerana bagi KGBS, isu beg berat ini adalah isu lama dan sudah ada pekeliling yang berkaitan untuk menanganin­ya.

“Antara kaedah menagani isu ini ialah menyaranka­n agar pihak sekolah menyediaka­n jadual fleksibel selain mengesyork­an ibu bapa memainkan peranan untuk memastikan anakanak mereka tidak membawa buku latihan atau buku teks yang tidak diperlukan pada hari-hari tertentu,” ujarnya di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya Utusan Borneo berhubung kajian itu yang akan siap dalam tempoh sebulan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanata­han menerusi laporan akhbar pada 16 Januari lalu.

“Dalam hal ini, peranan ibu bapa adalah amat penting serta amat dihargai memandangk­an pergerakan anak-anak adalah bermula di rumah,” kata Ahmad Malie.

Justeru katanya, untuk memastikan anakanak tidak membawa beg sekolah yang berat adalah menjadi tanggungja­wab ibu bapa untuk mengingatk­an anak-anak mereka agar membawa buku-buku yang diperlukan sahaja seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu.

“Sekiranya ibu bapa dapat membantu dalam hal ini, KGBS yakin dan percaya isu ini dapat ditangani dengan kaedah muafakat antara ibu bapa dan guru.

“Oleh itu, KGBS melihat cadangan kajian berkaitan tidak begitu relevan lagi,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia