Utusan Borneo (Sabah)

Kurangkan mata anak terdedah sinaran skrin gajet

-

KUCHING: Ibu bapa disaran mengehadka­n tempoh pendedahan anak-anak terutama yang berusia dua hingga lima tahun kepada cahaya daripada gajet komunikasi seperti telefon pintar dan tablet.

Pakar Oftalmolog­i (Mata) dan Pembedahan LASIK Dr Julian Tagal (gambar) berkata walaupun belum ada bukti saintifik mengatakan pendedahan berlebihan kepada sinaran skrin gajet sama ada telefon pintar mahupun tablet boleh menyebabka­n kerosakan pada mata, saranan American Academy of Pediatrics itu tidak boleh dipandang ringan.

“Pendedahan yang berpanjang­an kepada sinar yang terang daripada peralatan elektronik khasnya telefon bimbit dan tablet boleh mendatangk­an risiko kepada mata.

“Keadaan ini mungkin memberi tekanan yang lebih tinggi kepada mata anak-anak kecil kerana sistem visual merela masih belum matang,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau menambah, konsensus semasa daripada American Academy of Pediatrics mendapati penjaga kesihatan mahupun doktor seharusnya mengenal pasti potensi bermanfaat kesan media pada masa sama mengenal pasti kesan negatifnya.

“Akademi ini mencadangk­an ibu bapa harus memegang peranan sebagai ‘mentor media’ dalam mengurus masa anak-anak kecil mereka terdedah kepada cahaya skrin telefon pintar atau gajet lain.

“Dengan kata lain, mengehadka­n masa anak-anak yang masih kecil berusia tiga tahun ke bawah terdedah kepada gajet komunikasi ini,” ujarnya.

Beliau berkata tempoh kanakkanak berusia dua hingga lima tahun bermain dengan gajet komunikasi harus dihadkan kepada sejam sehari.

Manakala bagi anak-anak berusia enam tahun ke atas pula tempoh mereka bermain gajet komunikasi boleh lebih sejam tetapi harus konsisten dan tidak menyekat mereka daripada melakukan aktiviti-aktiviti sihat, menjejaska­n waktu tidur serta belajar, jelasnya.

“Tanpa mengira umur (anak), ibu bapa seharusnya memantau jenis media yang terdedah kepada anak mereka dan menetapkan peraturan tanpa gajet atau skrin seperti ketika makan atau tidur,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia