Utusan Borneo (Sabah)

AM PM Pharmacy lebarkan perniagaan ke Sabah

Enam cawangan kedai dijangka dibuka tahun ini

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Potensi pasar anyang baik di negeri ini memberi keyakinan kepada AM PM Pharmacy Sdn Bhd melebarkan perniagaan mereka ke Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif AM PM Pharmacy Ng Kee Wei berkata mereka merancang untuk membuka enam cawangan di Sabah pada tahun ini.

“Ini adalah kedai pertama kami di sini. Kami merancang membuka lima lagi cawangan di Kota Kinabalu.

“Kami juga merancang membuka sebuah gudang untuk menyokong keenamenam cawangan yang ada di sini. Perancanga­n ini diharap dapat direalisas­ikan pada tahun ini. Selepas itu barulah kami akan melebarkan sayap ke Sandakan dan Tawau,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran AM PM Pharmacy di Foh Sang, di sini pada Khamis.

Pembukaan kedai yang pertama di Sabah itu menjadikan­nya sebagai cawangan ke-29 AM PM Pharmacy di Malaysia.

Tahun ini, AM PM Pharmacy menyasarka­n untuk membuka 40 cawangan di seluruh negara.

Ng berkata, kelainan farmasi itu berbanding farmasi lain adalah mereka menyediaka­n jalan penyelesai­an kepada permasalah­an pelanggan. Mereka tidak hanya memberi fokus kepada penyediaan produk semata-mata.

Katanya farmasi yang bertindak sebagai ‘solutionba­sed pharmacy’ itu menggunaka­n pendekatan berkhidmat untuk pelanggan.

“Kami juga merancang membuka sebuah gudang untuk menyokong keenam-enam cawangan yang ada di sini. Perancanga­n ini diharap dapat direalisas­ikan pada tahun ini. Selepas itu barulah kami akan melebarkan sayap ” ke Sandakan dan Tawau NG KEE WEI

Ketua Pegawai Eksekutif AM PM Pharmacy

Atas sebab itulah, mereka berpegang kepada slogan ‘hope, health & happiness’.

Beliau berkata kejayaan mereka tidak dinilai dengan jumlah kedai yang banyak, tetapi ia diukur daripada jumlah pelanggan yang berjaya dibantu. Ia adalah teras perniagaan mereka dalam bidang penjagaan kesihatan.

Menyentuh perancanga­n jangka panjang, Ng menyimpan hasrat untuk menubuhkan sebuah pusat penjagaan kesihatan yang menempatka­n semuanya dalam satu tempat.

“Saya mempunyai impian untuk menubuhkan satu pusat yang mempunyai doktor, doktor gigi, ahli farmasi, pakar optik dan fisioterap­i. Ia akan menjadi pusat penjagaan kesihatan 24 jam yang menyediaka­n pakej penyelesai­an kepada permasalah­an pelanggan.

“Hasrat ini dijangka akan dapat direalisas­ikan dalam tempoh tiga tahun lagi. Tahun ini, kami akan menubuhkan sebuah klinik di Johor Bahru dan selepas ini kami merancang membuka ‘maternity home’ (rumah bersalin).

“Dengan itu, perkhidmat­an kami akan merangkumi semua peringkat usia daripada bayi sehingga orang tua,” jelasnya.

AM PM Pharmacy memulakan perniagaan di Johor Bahru pada tahun lalu.

 ??  ?? TIMBALAN Ketua Pengarah (Pengurusan Kewangan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Kenny Chan (tengah) bersama Ng (tiga kiri) serta barisan pegawai AM PM Pharmacy lain semasa acara memotong riben pelancaran kedai berkenaan.
TIMBALAN Ketua Pengarah (Pengurusan Kewangan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Kenny Chan (tengah) bersama Ng (tiga kiri) serta barisan pegawai AM PM Pharmacy lain semasa acara memotong riben pelancaran kedai berkenaan.
 ??  ?? ANTARA pelanggan yang membuat pembelian semasa pembukaan farmasi itu pada Khamis.
ANTARA pelanggan yang membuat pembelian semasa pembukaan farmasi itu pada Khamis.
 ??  ?? KAKITANGAN AM PM Pharmacy memberi penerangan kepada pelanggan.
KAKITANGAN AM PM Pharmacy memberi penerangan kepada pelanggan.
 ??  ?? NG menyampaik­an cenderamat­a kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Kewangan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Kenny Chan (kanan).
NG menyampaik­an cenderamat­a kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Kewangan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Kenny Chan (kanan).
 ??  ?? AHLI Farmasi yang didatangka­n dari Johor Bahru bagi membantu memberi penerangan kepada pelanggan tentang khidmat dan produk mereka.
AHLI Farmasi yang didatangka­n dari Johor Bahru bagi membantu memberi penerangan kepada pelanggan tentang khidmat dan produk mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia