Utusan Borneo (Sabah)

13 adik-beradik yang dikurung berdepan pemulihan sukar

-

PERRIS: Tiga belas adik -beradik yang kurang zat makanan dan dikurung oleh ibu bapa mereka di sebuah rumah pinggir bandar California – tiga daripada mereka dirantai pada perabot – berdepan dengan pemulihan yang sukar, kata polis kelmarin, sementara penyiasat berusaha untuk mengetahui apa yang mendorong penderaan yang mengejutka­n itu.

David Allen Turpin, 57, dan isterinya Louise Anna Turpin, 49, ditangkap kerana disyaki melakukan penyeksaan selepas penyiasat Ahad lepas menjumpai keadaan suram di mana mereka telah menyimpan anak-anak mereka yang berusia dua hingga 29 tahun.

Rumah mereka didaftarka­n sebagai sebuah sekolah, tetapi daripada menemui bahan pembelajar­an, penyiasat menjumpai tanda penyeksaan di dalam rumah tersebut.

Timbalan syerif di Perris, sebuah bandar kecil ke tenggara Los Angeles, menjumpai tiga kanak-kanak diikat dengan rantai dan mangga dalam rumah mereka yang kotor dan berbau busuk selepas menerima panggilan 911 untuk bantuan daripada kakak mereka yang berusia 17 tahun dan berjaya melarikan diri.

Dia begitu kurus sekali sehinggaka­n anggota polis pada mulanya menyangka dia adalah seorang anak kecil.

“Jika anda dapat bayangkan diri sebagai berusia 17 tahun dan kelihatan seperti berusia 10 tahun, dirantai pada katil, kekurangan zat makanan dengan kecederaan yang dikaitkan dengannya, saya akan memanggiln­ya penyeksaan,” kata ketua polis Perris, Greg Fellows, kepada pemberita.

Pegawai polis pada mulanya menyangka semua adik-beradik lain adalah kanak-kanak, tetapi “terkejut” apabila mereka mendapati tujuh sebenarnya sudah dewasa, berusia antara 18 hingga 29 tahun.

Kesemua 13 adik-beradik itu kini menerima rawatan bagi kekurangan zat makanan dan menjalani ujian diagnostik lain.

“Keperluan jangka pan-jang budak-budak ini adalah keperluan psikologi dan psikiatri disebabkan oleh tempoh kebuluran dan layanan buruk yang begitu lama,” kata Sophia Grant, pengarah perubatan di unit penderaan kanakkanak di Sistem Kesihatan Universiti Riverside.

Mark Uffer, ketua pegawai eksekutif di pusat perubatan wilayah Corona di mana anak-anak dewasa menerima rawatan, menggambar­kan keadaan mereka sebagai “stabil”.

“Saya percaya mereka menaruh harapan bahawa kehidupan akan bertambah baik bagi mereka selepas peristiwa ini,” katanya, dan menambah mereka sekarang dalam “persekitar­an yang sangat selamat dan terlindung”.

Didakwa kerana disyaki melakukan penyeksaan dan membahayak­an anak, ikat jamin kedua-dua ibu bapa masing-masing ditetapkan AS$9 juta (RM36 juta).

Kedua-duanya tidak dapat menjelaska­n dengan segera kenapa anak-anak mereka dikurung, menurut Jabatan Syerif Riverside County.

Polis berkata tiada tanda awal bagi pencabulan seksual tetapi memberi amaran bahawa siasatan masih dijalankan.

Tanda juga tiada bahawa kedua-dua suspek mengalami sakit mental, kata Fellows, atau kejadian yang dialami adik-beradik itu ada kaitan dengan kepercayaa­n agama keluarga mereka.

Siasatan awal mengesahka­n pasangan itu adalah ibu bapa kandung kesemua 13 adik-beradik, kata Fellows.

Menurut polis, keluarga itu berpindah pada 2014 dari Texas ke sebuah kawasan kejiranan kelas pertengaha­n Perris, kirakira 110 kilo-meter ke tenggara Los Angeles, dan mengajar sendiri anakanak mereka di rumah ala Sepanyol mereka.

Sebuah van kelabu dengan tingkap cermin hitam dan tiga kereta diletakkan di luar rumah, sekarang dikeliling­i trak transmisi satelit serta ratusan kamera dan wartawan.

Plet lesen kereta mereka ada kaitan dengan Disney Land – DL4EVER, DSLAND dan 4EVERDL. . — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia