Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis HK dipenjara kali kedua

-

HONG KONG: Aktivis Hong Kong Joshua Wong dipenjara buat kali kedua semalam kerana peranannya dalam protes prodemokra­si besar-besaran manakala kebimbanga­n semakin meningkat bahawa hukuman penjara bagi aktivis muda menutup perdebatan di bandar raya separa autonomi itu selepas Beijing meningkatk­an kawalan.

Wong, 21, yang menjadi wajah Pergerakan Payung 2014, dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan atas tuduhan menghina mahkamah kerana menghalang pembubaran sebuah perkampung­an protes utama, selepas dia mengaku bersalah.

Dia sudah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuan berhubung satu hukuman penjara selama enam bulan bagi satu lagi kesalahan berkaitan protes.

Hakim Andrew Chan menggambar­kan pembabitan Wong dalam usaha menghalang pembubaran tersebut pada 2014 sebagai “mendalam dan meluas” dalam penghakima­n bertulisny­a.

“Dia memainkan peranan utama pada hari itu,” ujarnya. “Satu-satunya hukuman sewajarnya bagi Encik Wong adalah pemenjaraa­n segera.”

Seorang lagi aktivis Raphael Wong dipenjara selama empat bulan 15 hari berhubung insiden yang sama.

Chan menafikan jaminan bagi kedua-dua tertuduh tetapi peguam bela mendesakny­a untuk menimbang semula keputusann­ya dan diberi pendengara­n selanjutny­a pada petang semalam.

Sementara itu kedua-dua aktivis dibawa ke tempat tahanan oleh pengawal keselamata­n.

“Keazaman kami untuk berjuang demi demokrasi tidak akan berubah!” jerit Raphael Wong ketika dia dibawa keluar.

Seramai 14 defendan lain termasuk aktivis terkemuka Lester Shum diberi hukuman tertangguh atas tuduhan menghina mahkamah.

Aktivis bimbang kes-kes terhadap aktivis dan tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas ketuaketua demokrasi tidak menggalakk­an golongan muda untuk menyuaraka­n pandangan mereka dan menggunaka­n hak mereka untuk membantah secara aman.

Kebebasan bersuara dan demonstras­i dilindungi perlembaga­an mini di bandar raya itu, Undang-undang Asas.

Sebelum pendengara­n, Joshua Wong – yang menjadi wajah remaja Pergerakan Payung – berkata dia “tidak ada penyesalan” mengenai pembabitan­nya.

“Mereka boleh mengurung badan kami tetapi mereka tidak dapat mengurung minda kami,” katanya kepada pemberita.

Puluhan penyokong berhimpun di luar Mahkamah Tinggi sambil melaung: “Keingkaran sivil, jangan takut!” dan “Saya warga Hong Kong, saya mahukan pengundian sejagat!”

Mereka ditentang oleh sekumpulan kecil penunjuk perasaan pro-Beijing yang mengibarka­n bendera negara China dan menyokong jabatan keadilan Hong Kong.

Mereka mempamerka­n sepanduk yang memanggil aktivis “samseng” dan berkata mereka mesti “membayar harga” dalam penjara.

Pergerakan Payung merupakan satu teguran luar biasa kepada Beijing apabila puluhan ribu penunjuk perasaan melumpuhka­n beberapa bahagian di bandar raya berkenaan untuk menuntut pemilihan kepimpinan yang bebas sepenuhnya bagi menggantik­an sistem di mana ketua eksekutif dipilih oleh sebuah jawatankua­sa pro-Beijing.

Mereka gagal mendapatka­n konsesi dan sejak itu aktivis terkemuka telah didakwa di atas pembabitan mereka.

Beijing menjadi semakin marah disebabkan oleh kemunculan beberapa aktivis yang menuntut kemerdekaa­n bagi Hong Kong sejak kegagalan Pergerakan Payung untuk mendapatka­n pembaharua­n.

Parti Wong Demosisto mahukan kuasa menentukan hala tuju sendiri bagi bandar raya itu.

Hong Kong diperintah di bawah satu perjanjian “satu negara, dua sistem” sejak 1997, ketika Britain menyerah balik wilayah itu kepada China.

Perjanjian itu memberi kepada rakyat hak yang tidak kelihatan di tanah besar, termasuk kebebasan bersuara dan parlimen yang sebahagian­nya dipilih secara langsung, selain sebuah badan kehakiman bebas, tetapi terdapat kebimbanga­n bahawa kebebasan itu semakin terhakis.

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia