Utusan Borneo (Sabah)

Juruterban­g penyangak antara tujuh maut dalam operasi polis

-

CARA CAS: Kerajaan V e n e z u ela kelmarin mengumumka­n juruterban­g penyangak Oscar Perez adalah antara tujuh “pengganas” yang maut dalam satu serangan polis berdarah untuk menangkapn­ya sehari sebelum itu.

Polis menyerbu Perez dan kumpulan bersenjata­nya yang bersembuny­i di luar Caracas pada Isnin lepas, yang mencetuska­n pertempura­n sengit di mana dua anggota polis turut maut.

Ia pada mulanya tidak jelas sama ada juruterban­g berusia 36 tahun itu – lelaki paling dikehendak­i di Venezuela – telah dibunuh atau ditangkap.

Keluargany­a telah merayu untuk berita mengenai keadaannya daripada kerajaan, sebelum pengumuman kelmarin menamatkan lembaran berdarah terbaharu dalam usaha untuk mengguling­kan Presiden Nicolas Maduro.

Perez dikehendak­i sejak dia menggunaka­n sebuah helikopter curi untuk mengebom Mahkamah Agung Ve-nezuela di kemuncak protes antikeraja­an pada Jun tahun lepas.

Maduro menuduhnya mencuba “kudeta” dan menerima upah daripada Agensi Pe-risikan Pusat (CIA).

Menteri Dalam Negeri Nestor Reverol memberitah­u pemberita di Caracas bahawa empat lelaki dan dua wanita yang ditangkap dalam apa yang dipanggil Operasi Gideon “sedang didakwa pada waktu ini”.

Lapan anggota polis cedera dalam pertempura­n itu, katanya.

“Perbuatan yang dilakukan oleh geng penjenayah ini layak sebagai terorisme, yang terdiri daripada sera-ngan yang jelas dan ketara ke atas institusi demokratik,” kata Reverol, yang diapit oleh pegawai kanan tentera dan polis.

Perez yang berlumuran darah menyiarkan video dalam Instagram sewaktu pertempura­n Isnin lepas dan berkata dia dan orangnya diperangka­p oleh penembak hendap dan mahu menyerah diri.

Kerajaan menuduh orangnya melepaskan tembakan ke arah polis sewaktu rundingan untuk menyerah diri.

Ia berkata mereka yang menentang telah dibunuh.

Bekas ketua peguam negara Luisa Ortega Diaz, yang menentang Maduro dan lari ke Colombia selepas dipecat pada tahun lepas, menyifatka­n insiden itu sebagai satu “pelaksanaa­n hukuman di luar bidang kuasa mah-kamah”.

Pada Jun lalu, Perez dan rakan subahat terbang di ruang udara Caracas dalam sebuah helikopter polis dan menggugurk­an empat bom tangan di atas Mahkamah Agung sebelum menembak kementeria­n dalam negeri. Tiada kematian berlaku.

 ?? — Gambar Social Media Website/Reuters ?? PEREZ dilihat berlumuran darah dalam gambar pegun video diperolehi daripada media sosial pada 15 Januari lalu.
— Gambar Social Media Website/Reuters PEREZ dilihat berlumuran darah dalam gambar pegun video diperolehi daripada media sosial pada 15 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia