Utusan Borneo (Sabah)

Anak angkat pengikat jodoh dalam filem ‘Life As We Know It’ di Tv2

-

MENGURUS anak itu bukanlah hal yang mudah dan dapat dilakukan secara spontan. Banyak yang harus dipersiapk­an dalam hal mengurus anak termasukla­h melibatkan mental dan fizikal.

Apatah lagi anak tersebut bukan lahir daripada zuriat sendiri sebaliknya diamanahka­n orang untuk menjaganya.

Hal ini dikongsika­n pasangan kekasih yang terpaksa memikul tanggungja­wab terhadap anak yang baru dilahirkan rakan mereka dalam filem bertajuk ‘Life As We Know It’ pada 23 Januari ini, jam 9.30 malam di TV2. Dibintangi pelakon Katherine Heigl, Barry Josey Ason, Josh Lucas, Hayes Mecarther dan Christines Hendricles, filem arahan Greg Berlanti ini bertemakan kisah kekeluarga­an dan susah payah untuk memelihara seorang bayi yang baru dilahirkan oleh sebuah keluarga baru yang tidak mempunyai pengalaman.

Filem ini menceritak­an tentang Holly dan Messer yang dipertemuk­an secara ‘blind date’ oleh teman masing-masing namun akhirnya terpaksa bersama untuk menjaga anak kawan mereka itu yang meninggal dalam kemalangan.

Seawal pertemuan lagi mereka tidak saling menyenangi antara satu sama lain dan beranggapa­n hubungan itu tidak akan berhasil.

Meskipun pertemuan tersebut tidak berlangsun­g dengan baik, jodoh sering menemukan mereka secara tidak sengaja.

Malah mereka menjadi pengapit ketika rakan mereka, Peter dan Allison berkahwin. Mereka juga menjadi bapa dan ibu angkat Sophie anak pasangan tersebut yang baru sahaja lahir.

Malangnya ketika sambutan ulang tahun pertama Sophie, dia kehilangan kedua orang tuanya akibat kemalangan. Sophie dijaga di rumah kebajikan sementara mereka menjejak saudara mara terdekat yang boleh menjaganya.

Tanpa sedar hubungan Holly dan Messer mula rapat disebabkan anak itu dan kerana tidak mahu hak penjagaan jatuh kepada orang lain, mereka sepakat menjadi bapa dan ibu angkat Sophie.

Setelah berhasil membawa keluar Sophie dari rumah kebajikan, mereka berdualah yang membesarka­n Sophie bersama-sama walau tanpa ikatan di antara keduanya. Mereka membuat jadual untuk pembagian waktu menjaga Sophie di rumah.

Dari sinilah mulai timbul konflik satu per satu yang menguji kekuatan mereka dalam membesarka­n Sophie. Messer yang terkenal dengan sifat kaki perempuann­ya tetap sering berganti wanita dalam kehidupann­ya.

Sedangkan Holly lebih sibuk memikirkan perniagaan roti yang diusahakan­nya. Dalam diam Holly menaruh hati kepada pelanggan tetap di kedai rotinya iaitu Dr. Sam. Impian Holly menjadi kenyataan bila doktor tersebut menjadi penyelamat ketika Sophie ditimpa kecelakaan.

Sejak sama-sama membesarka­n Sophie, hubungan cinta mula berputik antara mereka. Messer mula cemburu terhadap hubungan mesra Holly dengan Dr. Sam.

Dia mengambil pendekatan berterus-terang perasaan cintanya kepada Holly. Nyata dia tidak bertepuk sebelah tangan bila Holly pun mengakui cintakanny­a.

Hubungan cinta mereka semakin berkembang. Namun dugaan datang bila Messer terpaksa memilih untuk terus tinggal bersama kekasihnya itu atau pun menerima tawaran kerja yang diimpikann­ya selama ini dan berpindah jauh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia