Utusan Borneo (Sabah)

Nassier Wahab antara lapan artis popular 80-an meriahkan konsert pada 21 Januari ini

-

LAPAN artis popular 80-an bakal membuat persembaha­n dalam Konsert Setangkai Irama 80-an yang akan berlangsun­g di Putrajaya Ahad ini (21 Januari).

Mereka terdiri daripada Datuk Nassier Wahab, Rohana Jalil, Shidee, Ibnor Riza, Raja Ema, Zur Eda, Razis Ismail dan Salwa Abd Rahman selain Fauziah Ahmad Daud selaku pengacara konsert itu.

Penaung konsert Datuk Seri Raja Rezza Shah berkata konsert itu yang akan diadakan di Restoran D’Empangan Udang Galah itu ?bertujuan memberi peluang kepada artis lama untuk kembali membuat persembaha­n selain sebagai penghargaa­n kepada peminat mereka.

“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada artis 80-an ini untuk mempersemb­ahkan lagulagu hangat mereka yang masih berbisa,” katanya kepada Bernama selepas ditemubual dalam rancangan Nine11 terbitan Bernama News Channel semalam.

Raja Rezza Shah berkata konsert itu akan bermula pada 8.30 malam dan selain berhibur, menerusi konsert ini juga pihaknya akan menyalurka­n sumbangan kepada penduduk terjejas banjir di Pahang.

Beliau berkata tiket dijual dengan harga bermula daripada RM1,000 hingga RM5,000 bagi meja tetamu istimewa (VVIP).

“Peminat yang hendak membeli tiket boleh mendapatka­nnya di Restoran D’Empangan Udang Galah dan juga menerusi akaun media sosial artis yang terlibat.

“Kita jual meja dan lebih berkonsepk­an santai sebab ramai peminat kita dahulu yang dah berkeluarg­a, jadi mungkin mereka nak bawa keluarga. Kita juga jual tiket secara individu bermula dengan harga RM100 hingga RM500,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia