Utusan Borneo (Sabah)

Ceburi bidang keberhasil­an impak tinggi

- Oleh YUSOP TEPPO

KOTA MARUDU: Koperasi perlu memperting­atkan lagi usaha untuk melonjakka­n pendapatan dengan menceburi bidang keberhasil­an berimpak tinggi.

Ia bagi memastikan matlamat koperasi tercapai sejajar dengan matlamat Dasar Koperasi Negara supaya dapat menyumbang RM50 bilion kepada KDNK negara menjelang 2020 berbanding sasaran RM39.46 bilion pada hari ini.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting berkata menjelang 2020, sektor koperasi perlu berkembang dan berdaya saing di mana hasrat itu menuntut perubahan serta transforma­si dilakukan secara menyeluruh.

Justeru, isu yang mengekang kemajuan koperasi selama ini menjadi kelemahan pengurusan kewangan, kepimpinan dan penglibata­n anggota perlu ditangani dengan cekap dan berkesan.

“Dengan transforma­si yang dilakukan, koperasi akan lebih berdaya maju sekaligus akan meningkatk­an sosio ekonomi anggota khasnya dan masyarakat amnya, seterusnya mengatasi masalah kos sara hidup melalui peluang pekerjaany­angditawar­kan.Ini akan memberi impak kepada kualiti hidup masyarakat yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Program Melestari Modal Insan Koperasi ‘Kerjasama Asas Amalan Koperasi’ sempena Promosi Program Latihan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Zon Sabah di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Anita berkata koperasi perlu merebut peluang itu dengan membangunk­an modal insan yang berpengeta­huan, kreatif dan inovatif serta berbudaya keusahawan­an bagi memastikan koperasi tidak ketinggala­n dalam arus perniagaan yang semakin mencabar.

Beliau yang juga Adun Tandek berkata bagi pihak kerajaan negeri Sabah sendiri, banyak ruang dan peluang yang telah diberi dalam usaha menggalakk­an koperasi menjadi penggerak utama ekonomi rakyat Sabah secara inklusif dan berkesejah­teraan.

Seperti sedia maklum katanya, keindahan alam semulajadi negeri Sabah antara faktor utama Sabah menjadi salah satu pusat pelanconga­n terkenall di Malaysia.

“Koperasi di Sabah seharusnya mengambil peluang ini dengan menambah nilai industi pelanconga­n sedia ada kepada pelanconga­n kesihatan. Ia kerana, industri ini telah mencatat pertumbuha­n sebanyak 23 peratus pada 2016 dengan menjana pendapatan sebanyak RM1.12 bilion berbanding RM914 juta pada 2015,” katanya.

Mengenai program itu, beliau berkata ia bertujuan memberi pengetahua­n dan kesedaran mengenai peranan koperasi sebagai salah satu agen mensejahte­rakan anggotanya dan masyarakat dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa, di samping memahami konsep berkoperas­i.

Beliau berharap agar MKM khususnya MKM Zon Sabah dapat meneruskan agenda pembanguna­n modal insan sepanjang hayat dan berkeupaya­an membantu mentransfo­rmasi serta membina gerakan koperasi khususnya generasi muda yang lebih kompeten dan berdaya saing dalam membantu pertumbuha­n pendapatan yang positif dalam gerakan koperasi mada hadapan.

“Saya juga berharap MKM dapat melahirkan lebih ramai golongan muda dalam profesion gerakan koperasi seiring dengan Dasar Koperasi Negara 2011-2020 dan Aspirasi TN50,” katanya.

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Skuad Pengguna Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Kepengguna­an dan Koperasi Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Kota Kinabalu, pagi Khamis.
Kunjungan itu disertai Pengerusi Skuad Pengguna...
KUNJUNGAN HORMAT: Skuad Pengguna Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Kepengguna­an dan Koperasi Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Kota Kinabalu, pagi Khamis. Kunjungan itu disertai Pengerusi Skuad Pengguna...
 ??  ?? ANITA dan Zakaria bersama peserta koperasi yang menerima sijil.
ANITA dan Zakaria bersama peserta koperasi yang menerima sijil.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta program Melestari Modal Insan Koperasi.
SEBAHAGIAN peserta program Melestari Modal Insan Koperasi.
 ??  ?? ANITA bersama Pegawai Pembanguna­n Koperasi Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Negeri Sabah Wilayah Kota Marudu Zakaria Abdullah (kanan).
ANITA bersama Pegawai Pembanguna­n Koperasi Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Negeri Sabah Wilayah Kota Marudu Zakaria Abdullah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia