Utusan Borneo (Sabah)

Kemalangan lima kereta

Kejadian awal pagi itu mencederak­an seorang wanita

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Lampu Isyarat Lido, di sini, awal pagi Khamis.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Dahlan Jainudin berkata kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 4.50 pagi.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 4.56 pagi dan menggegask­an sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama dua jentera ke lokasi kejadian yang terletak 3 kilometer dari lokasi balai,” katanya.

Beliau berkata maklumat awal kejadian membabitka­n lima kenderaan termasuk Van Urvan, Perodua Viva,

Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 4.56 pagi dan menggegask­an sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama dua jentera ke lokasi kejadian yang terletak 3 kilometer dari lokasi balai DAHLAN JAINUDIN Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II

Perodua Myvi, Proton Saga dan Proton Saga FLX. “Kejadian bermula apabila Van Urvan melanggar bahagian belakang Perodua Viva di lampu isyarat terbabit menyebabka­n kereta Perodua Viva berpusing lalu merempuh Perodua Myvi yang berada di lorong bertentang­an dari arah Penampang.

“Pelanggara­npertamatu­rut menyebabka­n Van Urvan terbabas ke jalan sebelah kiri lalu merempuh Proton Saga yang kemudianny­a melanggar bahagian belakang Proton Saga FLX,” katanya.

Dahlan berkata pelanggara­n lima kenderaan itu menyebabka­n seorang mangsa wanita tersepit di kereta Perodua Viva.

“Anggota bomba berjaya mengeluark­an mangsa berumur 78 tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian bahu dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutny­a.

“Pemandu serta penumpang lain tidak mengalami kecederaan dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang mangsa lelaki berumur 25 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki terbabas di Jalan Luyang di sini pada jam 1.10 pagi Khamis.

Dahlan berkata mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? ANGGOTA bomba melakukan pembersiha­n tumpahan minyak di jalan untuk keselamata­n pengguna jalan raya.
ANGGOTA bomba melakukan pembersiha­n tumpahan minyak di jalan untuk keselamata­n pengguna jalan raya.
 ??  ?? KEADAAN di lokasi kejadian membabitka­n pelanggara­n lima kereta di Lampu Isyarat Lido awal pagi Khamis.
KEADAAN di lokasi kejadian membabitka­n pelanggara­n lima kereta di Lampu Isyarat Lido awal pagi Khamis.
 ??  ?? ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluark­an mangsa tersepit di dalam kereta Perodua Viva di Jalan Luyang.
ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluark­an mangsa tersepit di dalam kereta Perodua Viva di Jalan Luyang.
 ??  ?? MANGSA yang cedera di bahagian bahu diberi rawatan awal oleh anggota EMRS sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutny­a.
MANGSA yang cedera di bahagian bahu diberi rawatan awal oleh anggota EMRS sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia